Kusut
A: Aku tak sangka dia sanggup buat macam ni
B: Kau apsal?
A: Perempuan memang semuanya macam tu ke? Memang suka mainkan orang ke?
B: Wei nih apesal tetibe..?
A: Aku dengan dia dah break
B: ...
A: Selama ni aku dah cuba nasihat dia. Dia pergi clubbing.. dia minum arak.. aku benci semua tu. Kenapa dia tak nak berubah??
B: ... (terkedu)
Nasib takkan diubah melainkan atas usaha sendiri
Allah tidak akan berbuat apa-apa,
kepada insan yang berhajat mengubah hidupnya,
hanya bila insan itu berusaha,
maka Allah akan menurunkan pertolongan-Nya
B: Nak ubah orang ni bukan senang. Hati orang bukan atas kuasa kita untuk ditentukan.
B: Lagipun kau dah cuba semampu yang kau boleh. Tanggungjawab kau untuk nasihat dia, kau dah buat. Nak terima atau tak, nak berubah ke apa, itu atas tuan punya badan sendiri..
Malah dalam Quran sendiri pun ada sebut,
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.." (Ar-Ra'ad:11)
Tambah juga dengan hadith Nabi (s.a.w) tentang hati;
"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu ialah hati..." -Sahih Bukhari & Muslim.
Ujian
A: Kau rasa apa ujian kau yang paling besar setakat ni?
B: Hmm entah lah. Kenapa?
A: Aku rasa apa yang jadi sekarang ni berat sangat. Sampai sekarang aku tak percaya dia boleh buat macam tu. Sanggup dia..
B: Tu lah..Kenapa dari awal kau pergi involve diri kau dengan benda2 camni. Tengok, kan dah sakit. Sebab tu aku tak suka.
A: ...
(mungkin masa ni A fikir B terlalu direct. Kadang2 B memang selalu tak sempat nak tapis kata2 dia sebelum bercakap)
Tapi kadang2 kita memang tak sedar, yang kita sebenarnya tak sedar diuntung. Cuba renung dan reflect balik hidup kita selama ni. Alhamdulillah, negara tempat kita tinggal ni masih dilindungi dari peperangan dan kehuru-haraan. Cuba bayangkan pula saudara2 seislam kita di negara lain. Palestin, Afghanistan, dan Pattani paling dekatnya. Umat Islam kat sana saban hari hanya perlu bersedia saja bila nyawa mereka akan dirampas. Muslim di Pattani, pagi keluar rumah, dan bila malam dan sampai hari seterusnya tak balik2, bersedialah dengan kemungkinan yang beliau itu mungkin sudah syahid dipenggal kepalanya! Sekarang boleh bandingkan ujian mereka dengan ujian sedikit yang kita rasa? Kenapa dengan ujian sedikit yang Allah turunkan pada kita, rahmat dan kasih sayang Allah yang kita dah pernah dapat selama ni boleh dilupakan? Rahmat Allah itu masih tak cukupkah? Masih rasa sepi dan kosong? Atau sebenarnya kita yang tak pernah rasa bersyukur?
فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku" (AlBaqarah:152)
Ada kalanya kita terlalu memikirkan betapa beratnya ujian yang Allah bagi, sampaikan segala rezeki dan pemberian Allah sebelum itu dilupakan. Sedangkan setiap muslim itu akan diuji pada titik kelemahannya. Perkara2 yang dia mampu untuk hadapi, Allah takkan uji sebab dia boleh buat. Sebab itu kalau seorang muslim itu kuat pada harta dan pangkatnya, contohnya dia banyak harta dan pangkat besar dan dia benar2 gunakan itu semua untuk fii sabilillah, dia boleh berjaya. Tapi Allah akan uji dia pada sesuatu yang dia lemah seperti keluarga bermasalah, sahabat2, dan sebagainya sebab Allah tahu kelemahan kita. Allah akan uji dari sudut ini, sehinggalah dia menjadi kuat untuk mengatasi kelemahan ini. Dan yakinlah, Allah takkan membebani hambaNya melainkan sesuatu yang sanggup dia bebani..
Tanggungjawab
B: Kau janganlah sedih sangat. Aku tau cakap memang senang, sebab aku sendiri pun tak pernah rasa. Tapi ingatlah, tanggungjawab kita masih sangat BANYAK dekat dunia ni..Sebagai anak kepada kedua ibu bapa, sebagai pelajar kepada guru-guru, sebagai pemegang amanah kepada rakyat (biasiswa), sebagai kawan, dan paling penting tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba kepada Allah ta'ala..
Imam Syahid Hassan Al-Banna ada berpesan,
"Tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada.."
Batas2 persahabatan
B: Aku pun tak tau apsal ko cerita kat aku. Serius, aku bukannya reti bagi nasihat..
A: Takpelah.. aku cuma perlukan orang untuk dengar masalah aku.
B: Kau tak pernah share problem dengan family? Dengan mak ke.. abang ke..
A: ...
A: I don't think they'd understand
Memang diakui, kadang2 kita akan rasa lebih selesa untuk ceritakan masalah kita kepada orang lain daripada keluarga sendiri. Sometimes strangers can be the best option untuk luahkan perasaan. Sebab strangers don't know you, so they can't judge you - which makes storytelling a bit more easier. Dan most of the time jugak, yang dicari tu mesti berlainan jantina. Sebab? Err.. sunnatullah lelaki akan attract to wanita and vice versa kot.
Tapi cuba bayangkan kejap, situasi ni. Kau tengah luahkan isi hati berperisa masalah macam2 dekat sorang perempuan ni, mungkin dia member kau, dan perempuan tu pun bagi attention dia sepenuhnya la pada kau. Dah nak bagi attention, mesti la duduk tu kena rapat sikit. Dan segalanya mungkin nampak macam biasa saje. Tapi bayangkan, macam mana agaknya kalau masa tu, Rasulullah datang? Dia nampak korang duduk rapat, tengah berbincang dengan seriusnya masalah apa2 tu, dan kau rasa Rasulullah akan suka dengan situasi tu? Orang kalau pak imam tetibe sergah pompuan-laki yang rapat pun boleh nak tercabut jantung, inikan pula Rasulullah? Bukan setakat tu saja, Yang Maha Melihat, ada kita ingat? Ada kita fikir yang Allah akan suka ke tak apa yang kita tengah buat tu?
Cuma nak sampaikan kat sini, dalam setiap perbuatan kita tu kita kena selalu alert. Allah sentiasa nampak apa yang kita buat. Sebolehnya jauhkanlah diri kita dari kemurkaan Allah, dan berusahalah untuk mencari Redha Allah dalam apa saja perkara yang kita lakukan.
Sentiasa jaga batas pergaulan antara boys dan girls. Selagi apa2 urusan tu tak terlalu penting, cuba elakkan dari merapatkan diri dari yang bukan mahram. Rasulullah SAW juga ada bersabda (Dari Jabir bin Samurah): Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
Zikrullah
B: Dahlah.. kau jangan fikir sangat. Just ingat yang setiap benda yang Allah jadikan tu, ada hikmah dia. Kau jangan asyik duk nampak the bad side of it. Mungkin benda ni jadi sebab nak suruh kau lebih careful dalam berkawan dengan girls next time
Orang putih kata, 'every cloud has its silver lining'
Muhasabah diri. Mungkin hubungan dengan Allah juga tak berapa baik sebelum ni. Ma'thurat dan zikrullah adalah ubat yang paling mujarab untuk kita go on with life yang sangat banyak cabaran ni.
Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..insyaALLAH..
Alhamduulillah...jzkk bro for sharing the e-mail...
ReplyDeleteSesungguhnya kasih sayang Allah itu melimpah ruah, melebihi apa yg terbayang oleh pemikiran kita.Kehidupan ini tidak ade yg lebih memahaminya melaenkan Allah. Maka tidak ade panduan yg lebih baik untuk dirujuk melaenkan Al-Quran.So jgnlah kita jadi sombong dgn Allah, marilah kita kembali kepade Alquran dalam setiap permasalahan kita. kalau kita boleh segera rujuk Netter Atlas of Human anatomy tiap kali terlupe name muscle2 seperti Sternocleidomastoid(betul ke eja ni) dan sebagainya, jgn lah kita mendouble standardkan Al-quran apebila kita berdepan dgn masalah2 yg kita hadapi.
Kuatkan Iman Tingkatkan Amal
insyaAllah moga kite sume beroleh manfaat dari pengajaran kisah ini...
ReplyDeleteKITA ~ Kuatkan Iman Tingkatkan Amal