Tuesday, October 13, 2009

Jom Belajar Surah Al-Ikhlas!!!! (Ihsan Bro Zuhri)




Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.


InsyaAllah, kali ini giliran saya (Zuhri) pula untuk membuat 'review' mengenai QCkite pada hari khamis yang lalu yang disampaikan oleh akh Sudin.


Sebelum turun surah ini, Allah S.W.T tidak pernah menggunakan panggilan diri-Nya sebagai Allah tetapi sebagai Tuhan(Rabb) Nabi Muhammad S.A.W. Ini disebabkan, golongan musyrikin Mekah pada masa itu juga menggunakan 'term' Allah untuk Tuhan mereka tetapi kepercayaan yang berbeza dengan Islam yang dibawa Rasulullah S.A.W. Hal ini dapat dirujuk [43:87]. Dan juga turunnya surah al Ikhlas ini supaya dapat membezakan Allah dengan 'Allah' (tuhan yang disembah oleh golongan musryikin)


Sebelum QCkite meneliti secara harus maksud setiap ayat, harus kita ketahui bahawa terdapat hadis menyatakan bahawa surah al Ikhlas ini bersamaan dengan sepertiga al Quran. Disini disertakan hadis tersebut dalam bahasa Inggeris :)


A Hadith that mentions this Surah is equivalent to a third of The Qur'an


Al-Bukhari recorded from Abu Sa`id that a man heard another man reciting


(Say: "He is Allah, One.") and he was repeating over and over. So when morning came, the man went to the Prophet and mentioned that to him, and it was though he was belittling it. The Prophet said,
(By He in Whose Hand is my soul, verily it is equivalent to a third of Qur'an.)


 Abu Dawud and An-Nasa'i also recorded it. Another Hadith Al-Bukhari recorded from Abu Sa`id, may Allah be pleased with him, is that the Messenger of Allah said to his Companions,


(Is one you not able to recite a third of Qur'an in a single night) This was something that was difficult for them and they said, "Which of us is able to do that, O messenger of Allah" So he replied, ("Allah is the One, As-Samad" is a third of Qur'an.)


Al-Bukhari alone in recording this Hadith.


Seterusnya, penerangan mengenai setiap ayat, (maafkan saya jika terkurang apa-apa)


1. KeEsaan Allah


perkataan 'Ahad' hanya digunakan dalam al Qur'an untuk menceritakan mengenai Allah sahaja, dan bukan untuk benda lain. KeEsaan Allah itu dari segi,


•perlakuan/perbuatan


•sifat-sifat Allah - sifat manusia tidak akan sama dengan sifat Allah dan langsung tidak dapat di bayangkan oleh akal fikiran manusia yang kerdil dan yang juga diciptakan oleh Allah.


•zat-Nya - tiada sesuatu pun yang menyamai-Nya, Allah tidak perlu bergantung kepada komponen-komponen atau benda lain untuk melengkapkan- Nya


Antara ayat-ayat untuk menunjukkan keEsaan Allah, [8:17] dan [81:29].


2. Tempat bergantung


Maksud As-Samad itu sesetengah pentafsir menafsirkan perkataan ini sebagai padat, dan tumpat. Tiada ruang lain yang wujud. Allah itu satu, tempat bergantung, segala-galanya hanyalah kepada Dia. Juga ayat ini menerangkan ayat seterusnya.


Apa yang boleh diekstrak daripada ayat ini, manusia tidak perlu perantara untuk berdoa (seperti berhala) dan dapat berdoa terus kepada Allah S.W.T.


3. Menafikan tuduhan-tuduhan orang kafir seperti


• malaikat ialah anak Allah


•Nabi Isa a.s anak Allah


4. Allah tiada yang sekutu dengan-Nya


•Tiada pasangan


•tiada dua, tiga atau sebagainya


•tiada yang menyamai-Nya


rujukan [19:88-90] menceritakan Allah amat murka kepada mereka yang menyekutukan- Nya dengan sesuatu sehinggakan hampir sahaja langit pecah, bumi terbelah dan gunung-gunung runtuh.


Pada akhir sesi QCkite, semua harus sedar, memanglah sebagai muslim, kita tidak menyembah berhala, tetapi pada zaman ini, wujud berhala-berhala di hati kita tanpa disedari kerana kita terlalu mengejar keduniaan dan bukan Allah di hati kita. Oleh itu, berdasarkan surah ke-112, al Ikhlas, kita harus menguatkan lagi iman kita bahawa Allah itulah yang Satu, tiada yang setara dengan-Nya, tempat kita meminta kerana segala-galanya datang dari-Nya dan juga akan kembali kepada-Nya.


Kuatkan Iman Tingkatkan Amal

3 comments:

  1. kepada group qcKite castlewhite...minggu ni kita akan cover surah al-lahab...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,

    subhanallah brothers..semoga Allah mempermudahkan antum untuk mengenali islam dan terus thabat (teguh) di atas jalan ini..

    jazakallahu khairan kathira di atas perkongsian bermanfaat ini..

    wassalam...

    ReplyDelete