Saturday, March 19, 2011

I'm nothing...

"No, you are not!"

"Don't ever say you are nothing!"

Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang Imam di sebuah masjid di Cork. Seperti kebiasaan, selepas usai solat Isya' berjemaah, akan ada sekejap sesi tazkirah, dan kerap kali dia mengatakan ayat di atas dengan tegas. Kenapa imam tersebut asyik menyebutnya berulang-ulang kali? Ia adalah disebabkan dia sedar dan mengambil berat terhadap keadaan umat Islam pada waktu ini, ditindas dimana-mana sahaja, paling ketara di Palestine, mahupun di negara umat Islam yang lain. Apakah peranan kita? Jumlah umat Islam yang ramai tidak membantu sedikit pun jika tiada siapa yang mahu mengubah keadaan ini.

Tidak terfikirkah kita, diri kita ini sebenarnya mampu melakukan sesuatu untuk Islam, biarpun sekecil-kecil usaha seperti doa, mengikut kemampuan kita. Jangan sesekali mengatakan, "Aku tidak ada apa-apa! I'm nothing!"

Lihat kembali kepada Revolusi yang berlaku di Tunisia dan Mesir. Siapakah yang memulakannya? Semuanya bermula dari individu. Bayangkan, revolusi di Mesir hanya dimulakan oleh seorang gadis berusia 26 tahun yang bernama Asmaa Mahfouz. Hanya seorang diri, dia menaikkan video di internet untuk mengajak rakyat Mesir yang lain bangkit berdemonstrasi mendapatkan kebebasan untuk Mesir daripada pemerintahan diktatorship. Dan pada hari tersebut, dia hanya disertai oleh 4 orang lelaki, dan mereka berlima telah dihalang untuk ke Tahrir Square, namun pada perhimpunan seterusnya, puluhan ribu yang hadir sehingga keakhirnya lebih dari sejuta!

Perkara inilah yang sering dibangkitkan oleh imam selepas solat Isya', apakah kita ini tidak mampu langsung untuk berbuat apa-apa? Perkara inilah yang telah menggegarkan perasan dalam hati yang mahukan Islam itu tertegak di muka bumi tapi merasakan diri terlalu kecil untuk buat apa-apa... zasss...

Setelah sesi yang sama cuma pada waktu usai solat subuh pagi tadi, barulah kata-kata imam tersebut mengerakkan hati ini untuk menulis bahawa setiap dari kita ada peranan dan mampu untuk menyumbangkan sesuatu. Ketika selepas solat subuh itu juga, terdapat seorang makmum sebak dan terus menangis selepas mendengar kata-kata imam tersebut. Sekali lagi zass... Terasa hati ini terlalu ego untuk risau sampai ketahap itu, bimbang akan keadaan umat Islam dan masih tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Moga perkara ini menjadi peringatan buat diri ini supaya yakin, usaha dakwah kita ini walaupun sering diperlekeh mahupun dipersoalkan, insyaAllah akan menyumbang kepada Islam biarpun sedikit.

Because of what? Coz i'm not nothing and i have something to help.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Wallahualam.

p/s: afwan, kerana membiarkan blog ini bersawang setelah sekian lama.