Saturday, October 3, 2009

POST khas buat SENIORS yg bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi





Bab : 33. IMARAH IAITU KEPIMPINAN.
Perkara : 21. KELEBIHAN BERJIHAD DAN KELUAR BERJUANG DI JALAN ALLAH.
Bilangan : 1/1 
Hadis : 1093 –


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalanNya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan memperolehi pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan olehNya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum muslimin, tentunya aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.


ps- kite menuntut ilmu ini pun kire mcm berjihad jugak lar..so lakukan dgn niat yg betul=) dan jgn pernah putus haarapan dalam berusaha=) semoga semuanya sukses dgn jayanya!!! insyaALLAH

7 comments:

  1. setiap keputusan telah lama ditentukan.jgn fikir ttg results; think instead how to increase your tokens of pahala to be filled into your right book because with difficulties surely will come ease iA.

    ReplyDelete
  2. go go abg sudin!!! lepak jer jwb tuh...smbil mjwb zikir ya rahman ya rahim...insyaAllah dipermudahkan..=)

    ReplyDelete
  3. khas untuk abang sudin je??

    ReplyDelete
  4. Exam dah lepas...paper pon dah submited...keputusan dah lamer ade...cumer belum tahu jer lg...moge2 semua beroleh kejayaan...

    to 4th yr yg nak exam friday ni.All the best.ok

    ReplyDelete
  5. wahh..sgt setuju dgn abg GHULAM..eheh...semuanya telah tertulis..kita hari ini cuma memainkan jalan cerita sahaja..jd berdoalah banyak2...itu senjata terakhir selepas kita dah berusaha sedaya upaya =)

    KITE utk SEMUA

    ReplyDelete
  6. to anonymous...sape2 juga yg berjihad lillah hi taala....

    ReplyDelete