Tuesday, October 20, 2009

Surah Al masad

Maaf sebab lambat update.


Surah ini disebut juga surah Tabbat, surah ke 111, terdapat 5 ayat. Diturunkan di kota Mekah. Surah ini berkenaan kemusyrikan itu tidak dapat dipertahankan dan tidak akan menang walaupun pendukungnya bekerja keras. Ia mengenai cerita Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasulullah dan keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta, usaha titik peluhnya dan anak-anaknya tidak berguna langsung buatnya bagi menyelamatkannya dari azab neraka.


Al Bukhari merakamkan bahawa Ibnu ‘Abbas menyatakan Rasulullah telah keluar ke lembah Al Batha dan baginda mendaki puncak tinggi…Kemudian baginda berteriak,


Wahai kamu semua, mari ke mari!


Maka berkumpul semua orang Quraisy mengelilingi baginda, lalu baginda berkata


Jika aku katakan semua musuh kamu telah bersiap sedia untuk menyerang kamu di waktu pagi ataupun petang, dapatkah kamu semua mempercayai aku?


Mereka membalas,
Ya kami percaya!
Rasullah menyambung pula
Sesungguhnya aku adalah pemberi amaran yang telah diutuskan kepada kalian semua sebelum tibanya hari pembalasan kelak.


Maka Abu Lahab bersuara:
Celakalah kau untuk ini sahajakah kamu kumpulkan kami semua.


Maka Allah turunkan surah ini, surah Al Masad, binasalah kedua tangan Abu Lahab hingga akhir ayat. Dalam riwayat lain Abu Lahab berdiri sambil tangannya memegang debu pada tangannya dan berkata, celakalah hari kemudian mu Muhammad, hanya untuk ini sahajakah kau kumpulkan kami semua!


Ayat 1 ditujukan sebagai kata-kata yang mengecam Abu Lahab sendiri dan juga mengenai sifat Abu Lahab. Lelaki ini, Abu Lahab adalah salah seorang bapa saudara atau pakcik kepada Rasulullah. Namanya adalah Abdul Uzza bin Abdul Mutallib. Nama panggilan biasa adalah Abu Utaybahdan dia hanya dipanggil Abu Lahab adalah disebabkan kecerahan wajahnya. Dia sering menyakiti Rasulullah. Dia sangat membenci dan menghina Rasulullah Muhammad dan agama islam yang diajarkan baginda. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Az Zinad bahawa seorang lelaki dari Bani Ad Dil, pernah berkata kepada Imam Ahmad bahawa melihat Rasulullah pada zaman Islam masih lagi asing sewaktu di pasar Zul Majaaz dan baginda telah berkata


Wahai manusia, katakanlah tiada disembah melainkan Allah dan kamu pasti berjaya!


Semua orang telah mengelilingi baginda dan di belakang baginda ada seorang lelaki dengan wajah yang cerah, ….squint dan braid in his hair…lelaki itu berkata:


Sesungguhnya dia ini (Muhammad) seorang yang murtad (dari agama kita) dan seorang penipu!


Lelaki ini sentiasa mengikuti baginda kemana sahaja baginda pergi. Maka, saya mula bertanya kepada khalayak, siapakah lelaki yang mengikuti baginda, mereka menjawab


Lelaki itu adalah pakciknya, Abu Lahab!


Ayat 2 Allah menerangkan segala usaha dan anak pinak Abu Lahab, tidak akan memberi manfaat dan hasil yang baik kepada Abu Lahab. Berhubung ayat ini, Ibnu Mas’ud menjelaskan ayat ini bersangkutan dengan dialog Abu Lahab terhadap panggilan Rasulullah kepada kaumnya untuk tauhid, lalu Abu Lahab menjawab


Jika benar apa anak saudaraku itu (Muhammad) katakan, aku akan tebus diri di akhirat nanti dengan kekayaan dan anak-anakku.


Ayat 3 menjelaskan Abu Lahab akan dimasukkan ke dalam api yang membakar


Ayat 4, isteri Abu Lahab, Ummu Jamil adalah ketua golongan wanita Quraisy yang berpengaruh. Namanya yang sebenar adalah Arwah binti Harb bin Umayyah, adik kepada Abu Sufyan. Dia ini amat menyokong tindakan suaminya dan kepercayaannya. Disebabkan itu dia menjadi penolong kepada hukuman dan balasan terhadap suaminya sebagaimana Allah dalam ayat 4 ini bahawa dia membawa kayu bakar yang mana kayu-kayu yang diangkatnya menjadi pembakar suaminya di akhirat dan dia juga akan dilakukan seperti itu juga, dibakar dalam neraka. Di lehernya, terdapat rantai yang tersimpul daripada Al Masad, rantai besi yang panas. Diceritakan Ummu Jamil, isteri Abu Lahab selalu menaburkan duri pada jalan laluan harian Rasulullah.


Suatu hari, Ummu Jamil ini telah keluar ke khalayak berdekatan Kaabah dan menjerit:


Muhammad itu mengutuk moyang kita, dan agama kita, juga suruhannya itu mengkhianati kita.

Sambil ditangannya ada seketul batu.

Ketika itu, Rasulullah sedang duduk dekat dengan Kaabah dan Abu bakar juga bersamanya. Apabila Abu Bakar melihat Ummu Jamil makin hampir, dia berkata kepada Rasul:

Wahai Rasulullah, dia datang ke sini dan aku bimbang dia akan nampak engkau!


Sesungguhnya dia takkan dapat melihat aku.


Kemudian baginda membaca ayat Quran sebagai pelindung sebagaimana dipesan Allah dalam surah 17 surah Al Isra’ ayat 45 yang bermaksud:


Dan apabila kamu membaca Al Quran nescaya Kami adakah antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, suatu dinding yang tertutup.


Maka apabila Ummu Jamil tiba sahaja di hadapan Abu Bakar, dia langsung tidak melihat Rasulullah. Sedangkan Rasulullah hanya di sebelah Abu Bakar ketika itu. Ummu Jamil tika itu berkata,


Wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku telah dimaklumkan kawan kamu itu (Muhammad) telah mengucapkan syair yang buruk mengenai aku.


Tidak, demi tuhan rumah ini (Kaabah) baginda tidak berbuat begitu padamu.


Lalu Ummu Jamil dengan bercekak pinggang tawaf (mengelilingi) Kaabah sambil berkata:

Sumpahan akan terkena pada orang yang berkata buruk.


Pengajaran:


1. Tidak berguna sedikitpun harta benda (untuk melindungi) seseorang dari azab Allah ketika ia melakukan perbuatan yang mendatangkan murka Allah subhanahu wata’ala.


2. Haramnya menganggu orang beriman secara mutlak.


3. Tidak bermanfaat sedikitpun hubungan kekerabatan seorang musyrik, dimana Abu Lahab adalah pamannya Nabi tetapi ia di dalam neraka.

BUTTERFLY AND FLOWER






“Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan Allah menjadikan padanya kebajikan yang banyak”
(An-Nisa’:19)

Tuesday, October 13, 2009

Jom Belajar Surah Al-Ikhlas!!!! (Ihsan Bro Zuhri)




Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.


InsyaAllah, kali ini giliran saya (Zuhri) pula untuk membuat 'review' mengenai QCkite pada hari khamis yang lalu yang disampaikan oleh akh Sudin.


Sebelum turun surah ini, Allah S.W.T tidak pernah menggunakan panggilan diri-Nya sebagai Allah tetapi sebagai Tuhan(Rabb) Nabi Muhammad S.A.W. Ini disebabkan, golongan musyrikin Mekah pada masa itu juga menggunakan 'term' Allah untuk Tuhan mereka tetapi kepercayaan yang berbeza dengan Islam yang dibawa Rasulullah S.A.W. Hal ini dapat dirujuk [43:87]. Dan juga turunnya surah al Ikhlas ini supaya dapat membezakan Allah dengan 'Allah' (tuhan yang disembah oleh golongan musryikin)


Sebelum QCkite meneliti secara harus maksud setiap ayat, harus kita ketahui bahawa terdapat hadis menyatakan bahawa surah al Ikhlas ini bersamaan dengan sepertiga al Quran. Disini disertakan hadis tersebut dalam bahasa Inggeris :)


A Hadith that mentions this Surah is equivalent to a third of The Qur'an


Al-Bukhari recorded from Abu Sa`id that a man heard another man reciting


(Say: "He is Allah, One.") and he was repeating over and over. So when morning came, the man went to the Prophet and mentioned that to him, and it was though he was belittling it. The Prophet said,
(By He in Whose Hand is my soul, verily it is equivalent to a third of Qur'an.)


 Abu Dawud and An-Nasa'i also recorded it. Another Hadith Al-Bukhari recorded from Abu Sa`id, may Allah be pleased with him, is that the Messenger of Allah said to his Companions,


(Is one you not able to recite a third of Qur'an in a single night) This was something that was difficult for them and they said, "Which of us is able to do that, O messenger of Allah" So he replied, ("Allah is the One, As-Samad" is a third of Qur'an.)


Al-Bukhari alone in recording this Hadith.


Seterusnya, penerangan mengenai setiap ayat, (maafkan saya jika terkurang apa-apa)


1. KeEsaan Allah


perkataan 'Ahad' hanya digunakan dalam al Qur'an untuk menceritakan mengenai Allah sahaja, dan bukan untuk benda lain. KeEsaan Allah itu dari segi,


•perlakuan/perbuatan


•sifat-sifat Allah - sifat manusia tidak akan sama dengan sifat Allah dan langsung tidak dapat di bayangkan oleh akal fikiran manusia yang kerdil dan yang juga diciptakan oleh Allah.


•zat-Nya - tiada sesuatu pun yang menyamai-Nya, Allah tidak perlu bergantung kepada komponen-komponen atau benda lain untuk melengkapkan- Nya


Antara ayat-ayat untuk menunjukkan keEsaan Allah, [8:17] dan [81:29].


2. Tempat bergantung


Maksud As-Samad itu sesetengah pentafsir menafsirkan perkataan ini sebagai padat, dan tumpat. Tiada ruang lain yang wujud. Allah itu satu, tempat bergantung, segala-galanya hanyalah kepada Dia. Juga ayat ini menerangkan ayat seterusnya.


Apa yang boleh diekstrak daripada ayat ini, manusia tidak perlu perantara untuk berdoa (seperti berhala) dan dapat berdoa terus kepada Allah S.W.T.


3. Menafikan tuduhan-tuduhan orang kafir seperti


• malaikat ialah anak Allah


•Nabi Isa a.s anak Allah


4. Allah tiada yang sekutu dengan-Nya


•Tiada pasangan


•tiada dua, tiga atau sebagainya


•tiada yang menyamai-Nya


rujukan [19:88-90] menceritakan Allah amat murka kepada mereka yang menyekutukan- Nya dengan sesuatu sehinggakan hampir sahaja langit pecah, bumi terbelah dan gunung-gunung runtuh.


Pada akhir sesi QCkite, semua harus sedar, memanglah sebagai muslim, kita tidak menyembah berhala, tetapi pada zaman ini, wujud berhala-berhala di hati kita tanpa disedari kerana kita terlalu mengejar keduniaan dan bukan Allah di hati kita. Oleh itu, berdasarkan surah ke-112, al Ikhlas, kita harus menguatkan lagi iman kita bahawa Allah itulah yang Satu, tiada yang setara dengan-Nya, tempat kita meminta kerana segala-galanya datang dari-Nya dan juga akan kembali kepada-Nya.


Kuatkan Iman Tingkatkan Amal

Tuesday, October 6, 2009

does number 4 ring a bell in you..?

Ketahuilah Tentang 4 Perkara



4 ALAMAT ORANG CERDIK


1. Berani menempuh bahaya


2. pandai bermanis muka dengan musuh


3. pandai melihat kesempatan, dan


4. dapat menimbang pertimbangan orang lain




4 ALAMAT ORANG BERIMAN


1. meninggalkan maki


2. menjauhi menyakiti hati orang


3. lekas memberi ampun, dan


4. teliti menjatuhkan hukuman




4 TANDA ORANG BERAKAL


1. Cinta pada ilmu


2. tidak berubah muka menerima umpat dan puji


3. bagus jawabnya


4. banyak benarnya




4 ALAMAT ORANG RENDAH


1. Membuka rahsia


2. Pendendam


3. Penggunjing


4. Memburukkan kawan




4 YANG MENIMBULKAN CINTA


1. Muka jernih


2. Sudi menolong


3. Sudi menghindarkan selisih


4. Menjauhi munafik

Aplikasi Komputer (courtesy to my dear fren)




Aplikasi Computer Dalam Kehidupan:-


Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan. Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan. Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah. Scandisk amalan dengan uswatun hasanah. Clean up partition dosa² lama dengan taqarrub padaNYA... Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNYA. Refresh lah kecintaan hakiki padaNYA dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA. Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman. Restart lah kehidupan sementara yg seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda. Clear history lama dalam recycle bin dunia... Ayuh... restartlah atau ctrl + alt + delete segala kegelapan..delete kisah2 kelam & luka 2 semalam

WHAT'S NEXT ?




Sunday, October 4, 2009

Antara Agama dan A"bangsa"

                Petang ahad, ketika ana bru pulang dari The LOugh bersama roomate dan seorang rakan lagi ana terlihat status seorang senior ana di sini iaitu "kepalsuan dunia dan angan anak kecil"....lalu ana memulakan sesi bual dengan nya...



Z: huhu

Z: itulah
Z: mcm2 kepalsuan dunia
Z: malas dah nak layan
A: ngehehe
Z: semuanya palsu ajer...x bawak aper2 manfaat pun utk akhirat
A: ehehe
A: btul tuh
Z: dunia itu hanyalah medan permainan
Z: (tp dunia pun ladang akhirat jugak)
A: yup2
Z: ad dunya mazra atul akhirah
A: sini lar ladang kite nak tanam tanaman syurga utk bekalan akhirat
Z: a ah
Z: tp tulah biler tension2 dgn dunia nih mcm x berbaloi jer kadang2 tuh..
Z: huhu
Z: selalu dipermainkan dengan angan2 syaitan
Z: hehe
Z: what's up with ur status?
A: click ar
A: panas2
Z: hmm
Z: inilah kesan permainan orang barat
A: agak ar
Z: memecah belahkan umat islam
Z: padahal satu agama jer
A: tau xper
A: mcm tuttt lar XXXXX ni pun
Z: dipecah2kan oleh sempadan geografi dan fahaman "nasionalisma"
Z: haha
Z: sabor yeop sabor
A: mcm ah bgus sgt culture dorg yg kte nk amik sgt tuh
Z: huhuhu
Z: sbnrnyer dulu..kalo ikutkan sejarah, semuer kiter nih satu bangsa dan tanah ajer
Z: jadi berlaku lah imitation
    tp biler dah pecahkan ikut negara..dier jadi perbezaan besar yg ketara lah
    jgn salah phm plak yer...aku bkn ler nak defend mat2 indon tuh
    yg jahat tuh jahat jugaklah
    tp x blh nak salahkan bangser diorg kan..sorg buat jahat..satu bangsa nak kener hukum
A: agak ar
    tp mlmpau sgt dowh dorg dtg sini pun tnjuk eksen
    hahahah
Z: aku pernah gi jakarta
Z: tp alhamdulillah ok jer lah org2 dier



BAHAGIAN INI DITAPIS BAGI KESESUAIAN UMUM



Z: perjuangan kalau atas nama islam baru lah x racist kan?
Z: hehe
Z: sbb islam kan utk semuer
A: agak arrr
A: mcm2 dunia ni
Z: x kire bangsa..
Z: itulah..
A: org malaysia sgt emosi
Z: hmm
Z: org msia kener ubah attitude
Z: mentaliti yg kener tukar
A: btul2
A: eheh
A: asyik layan perasaan je
Z: itulah
A: sikit2 demonstrasi
Z: perlu dididik
A: sekeh kunk
Z: ditarbiyyah utk jadi manusia yg rasional
Z: kite tgk metode perjuangan rasulullah
    semuer nyer bermula dgn mengubah mentaliti manusia
    i.e through tarbiyyah
    haaaa
    mendidik manusia supaya menjadi manusia
    barulah dpt berfikir dengan akal...bknnya emosi
    pembangunan modal insan..
A: btul btul btul
Z: hmm
Z: yg punyai kesedaran harus menyedarkan mereka yang belum sedar
Z: perlu turun padang untuk membetulkan keadaan
Z: betul tak?
A: btula
A: and perlu lebih myeluruh
A: bukan sekadar di pinggiran
A: ahaha
Z: a ah..syumul..tp perlu bertahapan
A: yup2
A: manusia xley terima skali gus
Z: a ah
A: mungkin boleh tp x kekal lama
Z: betul2
    itu fitrah manusia
    metode rasulullah saw medidik para sahabt
    dan jugak cara Allah mendidik umat islam pada awal2 permulaan islam
    bertahapan..bukan sekali gus
    boleh jer Allah nak turunkan ayat quran sekaligus kan..tp sebaliknya Allah turunkan ikut
    keadaan dan 
    jugak tahap penerimaan ummat islam
    dan sikap para sahabat terhadap ilmu rasulullah pun mcm tuh
    bljr 10 ayat dahulu..dan amalkan..selagi x hadam 10 ayat tuh selagi tuh x beralih kepada
    sesuatu yg baru
A: wah mdalam)
A: eheh
Z: aper yg mendalam?
A: ilmu anda
A: ehe
Z: x derlah
Z: siket jer
Z: bender nih ader dalam maalim fit thariq..i.e petunjuk sepanjang jalan karya syed quthb
Z: cara bagaimana rasulullah mendidik generasi al quran yg unik
A: wahwah
A: anda bnyak mmbaca
A: bguzzz
Z: so kalau kiter nak hidupkan blk generasi quran dalam zaman skrg nih..seharusnya kita mencontohi cara perjuangan rasulullah
Z: mmg la dulu takder i.t, takder facebook..tp secara prinsip nya masih sama kan
Z: sbb islam kan ke sesuai sepanjang zaman
Z: prinsip islam sesuai diamalkan sepanjang zaman..x kire lah ader facebook ke..ader pda ke...prinsip tetap prinsip
A: yeah btul tuh
Z: heheh..bg lecture plak dah
A: haha
A: ceramah lar
A: eheh
A: hehe
Z: itulah dunia skrg nih byk campur aduk dah
Z: sampai ramai yg tertipu
A: ahaha
Z: susah dah nak nampak keasliannya
Z: islam dan bukan islam tuh bercampur aduk
Z: yg asli tuh tetap lah alquran dan sunnah
A: btul2
Z: dan barangsiapa yg berpegang teguh dgn kedua2 nih pasti akan slmt dunia akhirat
A: akhir zaman mnusia akan berpecah kpd 70+ kumpulan
A: hnya satu yg betul yakni yg berpegang kpd al-quran dan sunnah
Z: a ah
Z: jadi bersamalah kita kembali kepada berpegang al quran dan sunnah ar rasul yg sebenar
Z: yg asolah..yg asli
Z: semuanya dah ditunjukkan oleh ar rasul saw
Z: cuma terpulang kpd kita sama ada nak ikut atau nak buang
A: Bro solat dlu kayh
Z: siler2
Z: sorry lah byk melalut
A: ape lak melalut
A: ilmuu tuh
A: thanx1
A: thanx2


begitu lar sesi perbualan ana dgn seorg senior berkisar ttg kejadian semasa dimuka bumi kita ini....renung-renungkan lar....

Saturday, October 3, 2009

Ranjau sepanjang jalan (courtesy to "hamba Allah")

Allhamdulillah..dlm ana sibuk mengulangkaji pelajaran ade satu e-mel masuk kedalam peti mel ana dan berkongsi dgn ana satu kisah yg amat bermakna ini utk kita jadikan renungan kita semua..





Kusut




A: Aku tak sangka dia sanggup buat macam ni
B: Kau apsal?
A: Perempuan memang semuanya macam tu ke? Memang suka mainkan orang ke?
B: Wei nih apesal tetibe..?
A: Aku dengan dia dah break
B: ...
A: Selama ni aku dah cuba nasihat dia. Dia pergi clubbing.. dia minum arak.. aku benci semua tu. Kenapa dia tak nak berubah??
B: ... (terkedu)




Nasib takkan diubah melainkan atas usaha sendiri
Allah tidak akan berbuat apa-apa,
kepada insan yang berhajat mengubah hidupnya,
hanya bila insan itu berusaha,
maka Allah akan menurunkan pertolongan-Nya




B: Nak ubah orang ni bukan senang. Hati orang bukan atas kuasa kita untuk ditentukan.
B: Lagipun kau dah cuba semampu yang kau boleh. Tanggungjawab kau untuk nasihat dia, kau dah buat. Nak terima atau tak, nak berubah ke apa, itu atas tuan punya badan sendiri..




Malah dalam Quran sendiri pun ada sebut,


"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.." (Ar-Ra'ad:11)


Tambah juga dengan hadith Nabi (s.a.w) tentang hati;


"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu ialah hati..." -Sahih Bukhari & Muslim.




Ujian


A: Kau rasa apa ujian kau yang paling besar setakat ni?
B: Hmm entah lah. Kenapa?
A: Aku rasa apa yang jadi sekarang ni berat sangat. Sampai sekarang aku tak percaya dia boleh buat macam tu. Sanggup dia..
B: Tu lah..Kenapa dari awal kau pergi involve diri kau dengan benda2 camni. Tengok, kan dah sakit. Sebab tu aku tak suka.
A: ...


(mungkin masa ni A fikir B terlalu direct. Kadang2 B memang selalu tak sempat nak tapis kata2 dia sebelum bercakap)


Tapi kadang2 kita memang tak sedar, yang kita sebenarnya tak sedar diuntung. Cuba renung dan reflect balik hidup kita selama ni. Alhamdulillah, negara tempat kita tinggal ni masih dilindungi dari peperangan dan kehuru-haraan. Cuba bayangkan pula saudara2 seislam kita di negara lain. Palestin, Afghanistan, dan Pattani paling dekatnya. Umat Islam kat sana saban hari hanya perlu bersedia saja bila nyawa mereka akan dirampas. Muslim di Pattani, pagi keluar rumah, dan bila malam dan sampai hari seterusnya tak balik2, bersedialah dengan kemungkinan yang beliau itu mungkin sudah syahid dipenggal kepalanya! Sekarang boleh bandingkan ujian mereka dengan ujian sedikit yang kita rasa? Kenapa dengan ujian sedikit yang Allah turunkan pada kita, rahmat dan kasih sayang Allah yang kita dah pernah dapat selama ni boleh dilupakan? Rahmat Allah itu masih tak cukupkah? Masih rasa sepi dan kosong? Atau sebenarnya kita yang tak pernah rasa bersyukur?


فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ


"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku" (AlBaqarah:152)






Ada kalanya kita terlalu memikirkan betapa beratnya ujian yang Allah bagi, sampaikan segala rezeki dan pemberian Allah sebelum itu dilupakan. Sedangkan setiap muslim itu akan diuji pada titik kelemahannya. Perkara2 yang dia mampu untuk hadapi, Allah takkan uji sebab dia boleh buat. Sebab itu kalau seorang muslim itu kuat pada harta dan pangkatnya, contohnya dia banyak harta dan pangkat besar dan dia benar2 gunakan itu semua untuk fii sabilillah, dia boleh berjaya. Tapi Allah akan uji dia pada sesuatu yang dia lemah seperti keluarga bermasalah, sahabat2, dan sebagainya sebab Allah tahu kelemahan kita. Allah akan uji dari sudut ini, sehinggalah dia menjadi kuat untuk mengatasi kelemahan ini. Dan yakinlah, Allah takkan membebani hambaNya melainkan sesuatu yang sanggup dia bebani..




Tanggungjawab




B: Kau janganlah sedih sangat. Aku tau cakap memang senang, sebab aku sendiri pun tak pernah rasa. Tapi ingatlah, tanggungjawab kita masih sangat BANYAK dekat dunia ni..Sebagai anak kepada kedua ibu bapa, sebagai pelajar kepada guru-guru, sebagai pemegang amanah kepada rakyat (biasiswa), sebagai kawan, dan paling penting tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba kepada Allah ta'ala..






Imam Syahid Hassan Al-Banna ada berpesan,


"Tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada.."






Batas2 persahabatan


B: Aku pun tak tau apsal ko cerita kat aku. Serius, aku bukannya reti bagi nasihat..
A: Takpelah.. aku cuma perlukan orang untuk dengar masalah aku.
B: Kau tak pernah share problem dengan family? Dengan mak ke.. abang ke..
A: ...
A: I don't think they'd understand




Memang diakui, kadang2 kita akan rasa lebih selesa untuk ceritakan masalah kita kepada orang lain daripada keluarga sendiri. Sometimes strangers can be the best option untuk luahkan perasaan. Sebab strangers don't know you, so they can't judge you - which makes storytelling a bit more easier. Dan most of the time jugak, yang dicari tu mesti berlainan jantina. Sebab? Err.. sunnatullah lelaki akan attract to wanita and vice versa kot.


Tapi cuba bayangkan kejap, situasi ni. Kau tengah luahkan isi hati berperisa masalah macam2 dekat sorang perempuan ni, mungkin dia member kau, dan perempuan tu pun bagi attention dia sepenuhnya la pada kau. Dah nak bagi attention, mesti la duduk tu kena rapat sikit. Dan segalanya mungkin nampak macam biasa saje. Tapi bayangkan, macam mana agaknya kalau masa tu, Rasulullah datang? Dia nampak korang duduk rapat, tengah berbincang dengan seriusnya masalah apa2 tu, dan kau rasa Rasulullah akan suka dengan situasi tu? Orang kalau pak imam tetibe sergah pompuan-laki yang rapat pun boleh nak tercabut jantung, inikan pula Rasulullah? Bukan setakat tu saja, Yang Maha Melihat, ada kita ingat? Ada kita fikir yang Allah akan suka ke tak apa yang kita tengah buat tu?


Cuma nak sampaikan kat sini, dalam setiap perbuatan kita tu kita kena selalu alert. Allah sentiasa nampak apa yang kita buat. Sebolehnya jauhkanlah diri kita dari kemurkaan Allah, dan berusahalah untuk mencari Redha Allah dalam apa saja perkara yang kita lakukan.


Sentiasa jaga batas pergaulan antara boys dan girls. Selagi apa2 urusan tu tak terlalu penting, cuba elakkan dari merapatkan diri dari yang bukan mahram. Rasulullah SAW juga ada bersabda (Dari Jabir bin Samurah): Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)




Zikrullah


B: Dahlah.. kau jangan fikir sangat. Just ingat yang setiap benda yang Allah jadikan tu, ada hikmah dia. Kau jangan asyik duk nampak the bad side of it. Mungkin benda ni jadi sebab nak suruh kau lebih careful dalam berkawan dengan girls next time


Orang putih kata, 'every cloud has its silver lining'


Muhasabah diri. Mungkin hubungan dengan Allah juga tak berapa baik sebelum ni. Ma'thurat dan zikrullah adalah ubat yang paling mujarab untuk kita go on with life yang sangat banyak cabaran ni.


Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..insyaALLAH..

POST khas buat SENIORS yg bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi





Bab : 33. IMARAH IAITU KEPIMPINAN.
Perkara : 21. KELEBIHAN BERJIHAD DAN KELUAR BERJUANG DI JALAN ALLAH.
Bilangan : 1/1 
Hadis : 1093 –


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalanNya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan memperolehi pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan olehNya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum muslimin, tentunya aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.


ps- kite menuntut ilmu ini pun kire mcm berjihad jugak lar..so lakukan dgn niat yg betul=) dan jgn pernah putus haarapan dalam berusaha=) semoga semuanya sukses dgn jayanya!!! insyaALLAH

Friday, October 2, 2009

Mari kita renungkan...



(gambar sekadar hiasan)

Death toll in Indonesia earthquake rises to 777
By IRWAN FIRDAUS,
Associated Press Writer - Friday, October 2Send IM Story Print



PADANG, Indonesia – Rescue workers pulled victims, some screaming in pain, from the heavy rubble of buildings felled by a powerful earthquake that killed more than 700 people. The death toll was still expected to rise................

Begitulah berita yg dilaporkan ttg kejadian yg mengemparkan warga pnduduk di asia tenggara baru-baru ini..namun natijahnya adakan kejadian gempa bumi ini merupakan kejadian fenomena alam semata-mata..atau adakah ia amaran dari MAHA PENCIPTA..menemplak sekian manusia atas perbuatan kita yg mungkin telah terpesong dari jalan akidah yang sebenarnya..atau adakah ianya disebabkan kita yg malas berusaha menyebarkan dakwah, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran? jika hari ini Ah-chong, Samy, Gurmit, Sirip dan lain2 yang mengikuti anutan selain Islam mati..maka siapakah yg bertanggungjawab atas kematian mereka sebagai seorang kafir? KITA! namum adekah kita sedar semua ini..pesanan ini untuk diri ini juga yg merupakan insan yg hina disisi-NYA..bertapa genitnya iman kita jika dibandingkan dengan para sahabat apetah lagi jika dibandingkan dengan KERINDUAN KITA, KECINTAAN KITA, JUNJUNGAN BESAR KITA, Nabi Muhammad S.A.W...marilah kita bersama2 berganding bahu..saling ingat mengingati...antara satu sama lain...sesama muslim dan juga menarik minat non-muslim memeluk ISLAM..insyaALLAH...nothing is impossible!! =)

KITA ~ Kuatkan Iman Tingkatkan Amal

Thursday, October 1, 2009

MALAM pengantin (courtesy to abg sudin)


Malam Pengantin

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara



Hari itu...mempelai sangat dimanjakan


Mandi pun...harus dimandikan


Seluruh badan kita terbuka....


Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .


Tak ada sedikitpun rasa malu...


Seluruh badan digosok dan dibersihkan


Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan Bahkan lubang - lubang


itupun ditutupi kapas putih...


Itulah tubuh kita....


Itulah jasad kita waktu itu






Setelah dimandikan.. .,


Kitapun kan dipakaikan baju cantik berwarna putih


Kain itu ...jarang orang memakainya..


Wewangian ditaburkan ke baju kita...


Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah kita


Keranda pelaminan...


langsung disiapkan Pengantin bersanding sendirian...






Mempelai di arak keliling kampung bertandukan tetangga Menuju istana


keabadian sebagai simbol asal usul kita


Diiringi langkah seluruh keluarga Serta rasa haru para handai taulan


Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah suci


Akad nikahnya bacaan talkin...


Berwalikan liang lahat..


Saksi - saksinya nisan-nisan. .yang telah tiba duluan


Siraman air mawar..pengantar akhir kerinduan






dan akhirnya.... .


Tiba masa pengantin..


Menunggu dan ditinggal sendirian...


Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan


Malam pertama bersama KEKASIH..


Ditemani anai-anai dan cacing tanah


Di kamar bertilamkan tanah..


Dan ketika 7 langkah tlah pergi....


Kitapun kan ditanyai oleh sang Malaikat...


Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...


Ataukah kita kan memperoleh Siksa Kubur.....


Kita tak tahu...dan tak seorangpun yang tahu....


Tapi anehnya kita tak pernah galau ketakutan... .


Padahal nikmat atau siksa yang kan kita terima


Kita sungkan sekali meneteskan air mata...


Seolah barang berharga yang sangat mahal...






Dan Dia Kekasih itu..


Menetapkanmu ke syurga..


Atau melemparkan dirimu ke neraka..


Tentunya kita berharap menjadi ahli syurga...


Tapi....tapi ....sudah pantaskah sikap kita selama ini...


Untuk disebut sebagai ahli syurga ?????????






Sahabat...mohon maaf...jika malam itu aku tak menemanimu


Bukan aku tak setia...


Bukan aku berkhianat.. ..


Tapi itulah komitmen azali tentang hidup dan kehidupan


Tapi percayalah.. .aku pasti kan mendo'akanmu. ..


Karena ...aku sungguh menyayangimu. ..


Rasa sayangku padamu lebih dari apa yang kau duga Aku berdo'a...


Semoga kau menjadi ahli syurga....insyaAllah










P/s: jgn lupe bace surah al-nas dan al-falaq sebelum tidur dan bile bgn tidur...moge terhindar dari segale bahaye...juge surah al-mulk...semoge menjadi teman kite di alam barzakh nanti...Lastly hayati lagu ni..moge membantu kita memuhasabah diri...LINK

UKHWAH fillah...sape ade cdgn mantap nk kukuhkan mcm mane??


Kau, Kawan, Sahabat & Teman

Album : Tika Itu
Munsyid : Unic




Ketika mula bertemu


Terasa bagai telah lama bersua


Kau sambut hulur tanganku


Bertegur sapa penuh mesra






Masa terus berlalu


Dan kita tetap seiringan berjalan


Menempuh onak liku


Lalui semua suka dan duka bersama






Biarlah apapun rahsia


Dan kelemahanmu tetap engkau temanku






Riangnya saat kita ketawa


Asyik senda dan bercerita


Walau sesekali pandangan kita berbeza


Andainya tetap serupa






Adakalanya kita juga saling terluka


Namun di akhirnya kita tetap bersama






Dan kini dipisahkan dua benua


Saling mengejar cita


Tak pernah kulupakan


Detik yang indah bersamamu temanku







Ku pasti suatu masa


Engkau dan aku kan bertemu semula


Kembali menjalinkan detik nan indah


Untuk kenangan bersama