“MAKA TIDAK PERNAHKAH MEREKA BERJALAN DI BUMI, SEHINGGA HATI MEREKA DAPAT MEMAHAMI, TELINGA MEREKA DAPAT MENDENGAR ? SEBENARNYA BUKAN MATA ITU YANG BUTA, TETAPI YANG BUTA IALAH HATI YANG DI DALAM DADA” (22:46)
Pernahkah anda melihat graf action potential ini? Jika anda pelajar KMB, INTEC, KYUEM, pasti anda pernah mempelajarinya bukan? Ia adalah proses yang berlaku dalam di dalam cell specifically neuron cell (untuk diagram di atas). Tidak perlulah saya berbicara lebih panjang bagaimana proses electrical signal ini berlangsung. Tetapi, apa yang saya nak highlightkan di sini syarat untuk action potential itu berlaku, cell tersebut MESTI mencapai tahap excitability yang minimum melalui proses ‘depolarization’ ie threshold level. Otherwise, action potential pasti tidak akan berlaku dan electrical signal akan cease automatically (ALL OR NOTHING CONCEPT). Therefore, no positive feedback and hence no overshoot is occurred (failed initiation.. refer diagram)
Begitu juga dengan sunnatullah dalam ilmu kemanusiaan. Sebarang ideologi regardless of haq atau batil, tidak mungkin akan berjaya jika ideologi tersebut tidak memenuhi syarat minimum dalam kemenangan sebagaimana yang telah di tetapkan dalam sunnatullah. Begitu juga dengan ideologi islam, tertakluk dan tidak dapat lari daripada sunnatullah tersebut. Sekiranya ion sodium sebagai agen yang sangat crucial dalam mencapai tahap threshold action potential, so apakah agen yang sangat crucial dalam mencapai threshold kebangkitan Islam? Pastinya individu-individu muslim yang menjadi penentu kepada level threshold kebangkitan Islam…
“Tidak akan kalah tentera seramai 12000 orang disebabkan oleh sedikitnya bilangan mereka” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
Umat ini tidak akan bangkit kembali, kecuali dengan cara kebangkitannya terdahulu.
(Imam Malik RA)
”Kita tidak akan sekali-kali melanggar undang-undang alam kerana undang-undang alam pasti akan menang. Sebaliknya kita akan bersama-sama dengan undang-undang alam ini. Malah kita akan menggunakannya, mengikut arusnya dan mengeksploit keupayaannya. Perubahan ini adalah perubahan beransur-ansur bukannya suatu perubahan drastik dan paksaan bukanlah caranya.”
(Syeikh Mustafa Masyhur)
”Maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ’Sunnatullah’ dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ’Sunnatullah’ itu.”
Generasimudaialahrahsiakehidupanummatdansumbermata airkebangkitannya. Sejarahummatialahsejarahparatokoh yang dilahirkannya, yang memilikiaqliyah yang kuatdanruh yang membara. Kuatlemahnyaumatsesungguhnyadiukurdarisejauhmanakemampuan ‘rahim’ umatitumelahirkantokoh–tokoh yang memenuhisyaratrijal yang sebenarnya…”
Imam Hasan Al-Banna
"Impikanlah!... Akumengimpikannegeriinidipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muaz bin Jabal, Salim (hamba Abu Huzaifah). Laluakumemintatolongdarimerekauntukmeninggikankalimah Allah..."
ONEAIM Jazakallah kepada Brother2 Galway yang mmg BEST dan juga penyampai kita, Rashdan yg TERBAEK kerana sudi berkongsi ilmu dan kefahaman kepada kami semua...
Oleh Al-Ustaz Al-Syeikh Mior Ammar Alif Kamarulazim Al-Peraki
Assalamu'alykum wbt...
Alhamdulillah. ..dengan taufiq dan hidayah kurniaan Illahi dpat kiranya ana menyisip coretan ke dalam Qckite yg amat disayangi ini...seperti biasa...kini tiba giliran ana kembali mengupas sessi QCkite bg 2 episode berturut-turut. ..
Basiccally 2 minggu berturut2 ini...kita telah mengupas tentang siapa diri kita yang sebenar dan siapakah diri kita yang sepatutnya kita jadi...adakah kita mahu diingati kerana paras rupa? atau adakah kita mahu menjadikan amalan itu satu identiti yg kita mahu tonjolkan kepada Allah SWT kelak...
seperti hadith Rasulullah yg lebih kurang bunyinya begini...
"..Allah tidak melihat akan paras rupa seseorang... namun Allah melihat iman dan amal kamu..."
Mari kita lihat sejarah kita melalui surah Al-baqarah ayat ke 131-133 (*azizi bce sket)
*azizi: Ehem...*
"[131] (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
[132] Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
[133] (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".
dengan ini bermulanya agama Islam didunia ini...sejarah kita bermula dari penyerahan diri ADAM kepada Allah SWT...disini ana ingain membuat satu soalan trivia! mana satukah anda : islam @ ISLAM ? ISLAM itu hanya pada nama...dan islam itu melalui perbuatan... adakah kita hanya mahu bergelar seorang muslim yg mempunyai status ISLAM di kad pengenalan sahaja atau kita hendak menjadi muslim yg islamnya itu adalah kerana amalan sehari-hari dan akhlak yg ditonjolkan. ..
berkaitan dgn topik kali ini..kita akan mengupas juga hadith logam...
"..Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Para manusia ini adalah bagaikan benda logam,sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang - orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang - orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka menjadi pandai - dalam hal agama. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan - maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk." (Riwayat Muslim). Imam Bukhari meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. Al-Arwah dan seterusnya itu dari riwayat Aisyah radhiallahu `anha.."
Bermacam-macam jenis logam di dalam dunia ini. Ada yang berharga dan ada pula yang kurang manfaatnya. Logam yang berharga seperti emas dan perak sememangnya akan disukai oleh manusia kerana nilai dan kualiti yang ada pada logam tersebut.
Begitu jugalah manusia. Terdapat golongan manusia yang amat bermanfaat bagi manusia lainnya sedangkan segolongan lagi yang tidak memberikan apa-apa kebaikan malah ada pula yang mendatangkan keburukan. Nilai dan kelebihan yang baik pada diri kita adalah tetap sama sebelum dan setelah kita memahami akan hakikat Islam itu. Yang membezakannya ialah bagaimana kita menggunakan nilai dan kelebihan itu; adakah kearah ketaqwaan ataupun kefujuran.
Lihat sahaja kepada Kisah Umar r.a. sebelum dan seIepas lslamnya Saidina Umar r.a. Sebelum memeluk Islam, Saidina Umar r.a. terkenal dengan kekuatan fizikal yang hebat. Beliau menggunakan kelebihan ini untuk menentang Islam. Tetapi, selepas Islamnya beliau, dengan kekuatan dan keberanian beliau, Islam akhirnya menjadi kuat dan terbela, sehingga Baitul Maqdis kembali ke tangan Islam semasa beliau menjadi Khalifah Islam yang kedua.
Dalam menafsiri pengertian perihal ruh di dalam hadith diatas, ruh itu ada yang saling kenal-mengenal yakni Ta'aruf dan ada yang tidak saling kenal-mengenal yakni Tanakur, maka Imam Ibnu Abdissalam berkata sebagai berikut:
"Hal itu yakni kenal atau tidak kenal, maksudnya adalah mengenai keadaan sifat. Artinya andaikata anda mengetahui seseorang yang berlainan sifatnya dengan anda, misalnya anda seorang yang berbakti kepada Allah dan yang dikenal itu orang yang tidak berbakti atau mengaku ketiadaan Allah, sekalipun kenal orangnya, tetapi tidak saling kenal mengenal jiwa, ruh ataupun faham yang dianutnya.
Sebaliknya jika orang itu sama dengan anda perihal keadaan sifatnya, sama-sama berbaktinya kepada Allah, sama-sama berjuang untuk meluhurkan kalimat Allah, sama-sama membenci kepada kemungkaran dan kemaksiatan, maka selain kenal orangnya, juga sesuai jiwanya, sesuai ruhnya dan sejalan dalam faham yang dianutnya. Oleh sebab itu dalam sebuah Hadis lain disebutkan bahawa seseorang yang merasa jiwanya itu masih lari atau enggan mengikuti ajakan orang yang mulia dan utama amalannya, pula bagus kelakuannya, hendaknya segera mencari sebab sebabnya, sekalipun ia sudah mengaku sebagai manusia muslim.
Selanjutnya setelah penyakitnya ditemukan, hendaknya secepatnya diubati dan dibuang apa yang menyebabkan ia sakit sedemikian. Cara inilah yang sebaik-baiknya untuk menyelamatkan diri dari sifat yang buruk, sehingga ruhnya dan jiwanya dapat saling berkenalan dengan golongan orang-orang yang baik pula ruh dan jiwanya."
Dalam hadith ini juga ade satu perkataan yg amat bermakna bg kita renungkan..iaitu faqihu atau faquhu..
faquhu - faham ad-deen kurang tahu fiqh (cth - summayyah) faqihu - hebat fiqh tapi belum tentu faham ad-deen (bnyak cnth)
jadi dimanakah level kita? faquhu atau faqihu?? *abg haidir sila jwb*
*haidir* : kalau nak faquhu sile lar dtg QC slalu jgn ponteng!!! faqihu boleh belajar di kuliah atau pondok2 madrasah
Apakah tanda Allah SWT sayang akan kita...?? (*syuk sile jwb)
*syuk* : Tanda Allah syg kita adalah dengan memberi kita kefahaman ttg ISLAM!
Apakah itu Ad-Deen...?? (*zuhri sile jwb)
*zuhri* : AKIDAH (tauhid) , IBADAH (fiqh) dan TASAUFF (akhlak) buktinya adda dalam hadith 2
Umar Ibn Al-Khattab reports: One day when we were with Allah's Messenger (saw), a man with very white clothing and very black hair came up to us. No mark of travel was visible on him, and none of us recognized him. Sitting down beside the Prophet (saw), leaning his knees against his and placing his hands on his thighs, he said: "Tell me, Muhammad, about Islam." He replied: "Islam means that you should testify that there is no god but Allah and that Muhammad (saw) is Allah's Messenger, that you should observe the prayer, pay the Zakat, fast during Ramadan, and make the pilgrimage to the House if you are able to go there." He said: "You have spoken the truth." We were surprised at his questioning him and then declaring that he spoke the truth. He said: "Now tell me about Iman." He replied: "It means that you should believe in Allah (swt), His angels, His books, His messengers, and the Last Day, and that you should believe in the decreeing both of good and evil." Remarking that he had spoken the truth, he then said: "Now tell me about Ihsan." He replied: "It means that you should worship Allah (swt) as though you see Him, for He sees you though you do not see Him." He said: "Now tell me about the Hour." He replied: "The one who is asked about it is no better informed than the one who is asking." He said: "Then tell me about its signs." He replied: "That a maid-servant should beget her mistress, and that you should see barefooted, naked, poor men and shepherds exalting themselves in buildings." [Umar] says: He then went away, and after I had waited for a long time, [the Prophet] said to me: "Do you know who the questioner was, Umar?" I replied: "Allah and His Messenger know best." He said: "He was Gabriel who came to you to teach you your religion." (Narrated by Muslim)
sungguh banyak lagi yang perlu dikupas mengenai siapa diri kita yang sepatutnya.. .oleh itu..bagi yg mencari-cari jangan lupa datang ke QCkite musim yg pertama episode ke 8 minggu depan..hari khamis di tempat biasa..dan insyaAllah kita akan kupas isi ini dengan lebih meluas dan mendalam lagi dengan sambungan di GALway!
ok sampai disini saja perkongsian kali ini..kalau ade salah info ker ape2 ker sile lar bagitahu..ana baru belajar...yg baik itu datangnya dari Allah dan yg kurang itu juga dari Allah tp disandarkan kepada diri ana yg lemah ini...sekian Wassalam...
Surah ini disebut juga surah Tabbat, surah ke 111, terdapat 5 ayat. Diturunkan di kota Mekah. Surah ini berkenaan kemusyrikan itu tidak dapat dipertahankan dan tidak akan menang walaupun pendukungnya bekerja keras. Ia mengenai cerita Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasulullah dan keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta, usaha titik peluhnya dan anak-anaknya tidak berguna langsung buatnya bagi menyelamatkannya dari azab neraka.
Al Bukhari merakamkan bahawa Ibnu ‘Abbas menyatakan Rasulullah telah keluar ke lembah Al Batha dan baginda mendaki puncak tinggi…Kemudian baginda berteriak,
Wahai kamu semua, mari ke mari!
Maka berkumpul semua orang Quraisy mengelilingi baginda, lalu baginda berkata
Jika aku katakan semua musuh kamu telah bersiap sedia untuk menyerang kamu di waktu pagi ataupun petang, dapatkah kamu semua mempercayai aku?
Mereka membalas, Ya kami percaya! Rasullah menyambung pula Sesungguhnya aku adalah pemberi amaran yang telah diutuskan kepada kalian semua sebelum tibanya hari pembalasan kelak.
Maka Abu Lahab bersuara: Celakalah kau untuk ini sahajakah kamu kumpulkan kami semua.
Maka Allah turunkan surah ini, surah Al Masad, binasalah kedua tangan Abu Lahab hingga akhir ayat. Dalam riwayat lain Abu Lahab berdiri sambil tangannya memegang debu pada tangannya dan berkata, celakalah hari kemudian mu Muhammad, hanya untuk ini sahajakah kau kumpulkan kami semua!
Ayat 1 ditujukan sebagai kata-kata yang mengecam Abu Lahab sendiri dan juga mengenai sifat Abu Lahab. Lelaki ini, Abu Lahab adalah salah seorang bapa saudara atau pakcik kepada Rasulullah. Namanya adalah Abdul Uzza bin Abdul Mutallib. Nama panggilan biasa adalah Abu Utaybahdan dia hanya dipanggil Abu Lahab adalah disebabkan kecerahan wajahnya. Dia sering menyakiti Rasulullah. Dia sangat membenci dan menghina Rasulullah Muhammad dan agama islam yang diajarkan baginda. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Az Zinad bahawa seorang lelaki dari Bani Ad Dil, pernah berkata kepada Imam Ahmad bahawa melihat Rasulullah pada zaman Islam masih lagi asing sewaktu di pasar Zul Majaaz dan baginda telah berkata
Wahai manusia, katakanlah tiada disembah melainkan Allah dan kamu pasti berjaya!
Semua orang telah mengelilingi baginda dan di belakang baginda ada seorang lelaki dengan wajah yang cerah, ….squint dan braid in his hair…lelaki itu berkata:
Sesungguhnya dia ini (Muhammad) seorang yang murtad (dari agama kita) dan seorang penipu!
Lelaki ini sentiasa mengikuti baginda kemana sahaja baginda pergi. Maka, saya mula bertanya kepada khalayak, siapakah lelaki yang mengikuti baginda, mereka menjawab
Lelaki itu adalah pakciknya, Abu Lahab!
Ayat 2 Allah menerangkan segala usaha dan anak pinak Abu Lahab, tidak akan memberi manfaat dan hasil yang baik kepada Abu Lahab. Berhubung ayat ini, Ibnu Mas’ud menjelaskan ayat ini bersangkutan dengan dialog Abu Lahab terhadap panggilan Rasulullah kepada kaumnya untuk tauhid, lalu Abu Lahab menjawab
Jika benar apa anak saudaraku itu (Muhammad) katakan, aku akan tebus diri di akhirat nanti dengan kekayaan dan anak-anakku.
Ayat 3 menjelaskan Abu Lahab akan dimasukkan ke dalam api yang membakar
Ayat 4, isteri Abu Lahab, Ummu Jamil adalah ketua golongan wanita Quraisy yang berpengaruh. Namanya yang sebenar adalah Arwah binti Harb bin Umayyah, adik kepada Abu Sufyan. Dia ini amat menyokong tindakan suaminya dan kepercayaannya. Disebabkan itu dia menjadi penolong kepada hukuman dan balasan terhadap suaminya sebagaimana Allah dalam ayat 4 ini bahawa dia membawa kayu bakar yang mana kayu-kayu yang diangkatnya menjadi pembakar suaminya di akhirat dan dia juga akan dilakukan seperti itu juga, dibakar dalam neraka. Di lehernya, terdapat rantai yang tersimpul daripada Al Masad, rantai besi yang panas. Diceritakan Ummu Jamil, isteri Abu Lahab selalu menaburkan duri pada jalan laluan harian Rasulullah.
Suatu hari, Ummu Jamil ini telah keluar ke khalayak berdekatan Kaabah dan menjerit:
Muhammad itu mengutuk moyang kita, dan agama kita, juga suruhannya itu mengkhianati kita.
Sambil ditangannya ada seketul batu.
Ketika itu, Rasulullah sedang duduk dekat dengan Kaabah dan Abu bakar juga bersamanya. Apabila Abu Bakar melihat Ummu Jamil makin hampir, dia berkata kepada Rasul:
Wahai Rasulullah, dia datang ke sini dan aku bimbang dia akan nampak engkau!
Sesungguhnya dia takkan dapat melihat aku.
Kemudian baginda membaca ayat Quran sebagai pelindung sebagaimana dipesan Allah dalam surah 17 surah Al Isra’ ayat 45 yang bermaksud:
Dan apabila kamu membaca Al Quran nescaya Kami adakah antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, suatu dinding yang tertutup.
Maka apabila Ummu Jamil tiba sahaja di hadapan Abu Bakar, dia langsung tidak melihat Rasulullah. Sedangkan Rasulullah hanya di sebelah Abu Bakar ketika itu. Ummu Jamil tika itu berkata,
Wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku telah dimaklumkan kawan kamu itu (Muhammad) telah mengucapkan syair yang buruk mengenai aku.
Tidak, demi tuhan rumah ini (Kaabah) baginda tidak berbuat begitu padamu.
Lalu Ummu Jamil dengan bercekak pinggang tawaf (mengelilingi) Kaabah sambil berkata:
Sumpahan akan terkena pada orang yang berkata buruk.
Pengajaran:
1. Tidak berguna sedikitpun harta benda (untuk melindungi) seseorang dari azab Allah ketika ia melakukan perbuatan yang mendatangkan murka Allah subhanahu wata’ala.
2. Haramnya menganggu orang beriman secara mutlak.
3. Tidak bermanfaat sedikitpun hubungan kekerabatan seorang musyrik, dimana Abu Lahab adalah pamannya Nabi tetapi ia di dalam neraka.
InsyaAllah, kali ini giliran saya (Zuhri) pula untuk membuat 'review' mengenai QCkite pada hari khamis yang lalu yang disampaikan oleh akh Sudin.
Sebelum turun surah ini, Allah S.W.T tidak pernah menggunakan panggilan diri-Nya sebagai Allah tetapi sebagai Tuhan(Rabb) Nabi Muhammad S.A.W. Ini disebabkan, golongan musyrikin Mekah pada masa itu juga menggunakan 'term' Allah untuk Tuhan mereka tetapi kepercayaan yang berbeza dengan Islam yang dibawa Rasulullah S.A.W. Hal ini dapat dirujuk [43:87]. Dan juga turunnya surah al Ikhlas ini supaya dapat membezakan Allah dengan 'Allah' (tuhan yang disembah oleh golongan musryikin)
Sebelum QCkite meneliti secara harus maksud setiap ayat, harus kita ketahui bahawa terdapat hadis menyatakan bahawa surah al Ikhlas ini bersamaan dengan sepertiga al Quran. Disini disertakan hadis tersebut dalam bahasa Inggeris :)
A Hadith that mentions this Surah is equivalent to a third of The Qur'an
Al-Bukhari recorded from Abu Sa`id that a man heard another man reciting
(Say: "He is Allah, One.") and he was repeating over and over. So when morning came, the man went to the Prophet and mentioned that to him, and it was though he was belittling it. The Prophet said, (By He in Whose Hand is my soul, verily it is equivalent to a third of Qur'an.)
Abu Dawud and An-Nasa'i also recorded it. Another Hadith Al-Bukhari recorded from Abu Sa`id, may Allah be pleased with him, is that the Messenger of Allah said to his Companions,
(Is one you not able to recite a third of Qur'an in a single night) This was something that was difficult for them and they said, "Which of us is able to do that, O messenger of Allah" So he replied, ("Allah is the One, As-Samad" is a third of Qur'an.)
Al-Bukhari alone in recording this Hadith.
Seterusnya, penerangan mengenai setiap ayat, (maafkan saya jika terkurang apa-apa)
1. KeEsaan Allah
perkataan 'Ahad' hanya digunakan dalam al Qur'an untuk menceritakan mengenai Allah sahaja, dan bukan untuk benda lain. KeEsaan Allah itu dari segi,
•perlakuan/perbuatan
•sifat-sifat Allah - sifat manusia tidak akan sama dengan sifat Allah dan langsung tidak dapat di bayangkan oleh akal fikiran manusia yang kerdil dan yang juga diciptakan oleh Allah.
•zat-Nya - tiada sesuatu pun yang menyamai-Nya, Allah tidak perlu bergantung kepada komponen-komponen atau benda lain untuk melengkapkan- Nya
Antara ayat-ayat untuk menunjukkan keEsaan Allah, [8:17] dan [81:29].
2. Tempat bergantung
Maksud As-Samad itu sesetengah pentafsir menafsirkan perkataan ini sebagai padat, dan tumpat. Tiada ruang lain yang wujud. Allah itu satu, tempat bergantung, segala-galanya hanyalah kepada Dia. Juga ayat ini menerangkan ayat seterusnya.
Apa yang boleh diekstrak daripada ayat ini, manusia tidak perlu perantara untuk berdoa (seperti berhala) dan dapat berdoa terus kepada Allah S.W.T.
3. Menafikan tuduhan-tuduhan orang kafir seperti
• malaikat ialah anak Allah
•Nabi Isa a.s anak Allah
4. Allah tiada yang sekutu dengan-Nya
•Tiada pasangan
•tiada dua, tiga atau sebagainya
•tiada yang menyamai-Nya
rujukan [19:88-90] menceritakan Allah amat murka kepada mereka yang menyekutukan- Nya dengan sesuatu sehinggakan hampir sahaja langit pecah, bumi terbelah dan gunung-gunung runtuh.
Pada akhir sesi QCkite, semua harus sedar, memanglah sebagai muslim, kita tidak menyembah berhala, tetapi pada zaman ini, wujud berhala-berhala di hati kita tanpa disedari kerana kita terlalu mengejar keduniaan dan bukan Allah di hati kita. Oleh itu, berdasarkan surah ke-112, al Ikhlas, kita harus menguatkan lagi iman kita bahawa Allah itulah yang Satu, tiada yang setara dengan-Nya, tempat kita meminta kerana segala-galanya datang dari-Nya dan juga akan kembali kepada-Nya.
Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan. Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan. Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah. Scandisk amalan dengan uswatun hasanah. Clean up partition dosa² lama dengan taqarrub padaNYA... Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNYA. Refresh lah kecintaan hakiki padaNYA dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA. Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman. Restart lah kehidupan sementara yg seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda. Clear history lama dalam recycle bin dunia... Ayuh... restartlah atau ctrl + alt + delete segala kegelapan..delete kisah2 kelam & luka 2 semalam
Petang ahad, ketika ana bru pulang dari The LOugh bersama roomate dan seorang rakan lagi ana terlihat status seorang senior ana di sini iaitu "kepalsuan dunia dan angan anak kecil"....lalu ana memulakan sesi bual dengan nya...
Z: huhu Z: itulah Z: mcm2 kepalsuan dunia Z: malas dah nak layan A: ngehehe Z: semuanya palsu ajer...x bawak aper2 manfaat pun utk akhirat A: ehehe A: btul tuh Z: dunia itu hanyalah medan permainan Z: (tp dunia pun ladang akhirat jugak) A: yup2 Z: ad dunya mazra atul akhirah A: sini lar ladang kite nak tanam tanaman syurga utk bekalan akhirat Z: a ah Z: tp tulah biler tension2 dgn dunia nih mcm x berbaloi jer kadang2 tuh.. Z: huhu Z: selalu dipermainkan dengan angan2 syaitan Z: hehe Z: what's up with ur status? A: click ar A: panas2 Z: hmm Z: inilah kesan permainan orang barat A: agak ar Z: memecah belahkan umat islam Z: padahal satu agama jer A: tau xper A: mcm tuttt lar XXXXX ni pun Z: dipecah2kan oleh sempadan geografi dan fahaman "nasionalisma" Z: haha Z: sabor yeop sabor A: mcm ah bgus sgt culture dorg yg kte nk amik sgt tuh Z: huhuhu Z: sbnrnyer dulu..kalo ikutkan sejarah, semuer kiter nih satu bangsa dan tanah ajer Z: jadi berlaku lah imitation tp biler dah pecahkan ikut negara..dier jadi perbezaan besar yg ketara lah jgn salah phm plak yer...aku bkn ler nak defend mat2 indon tuh yg jahat tuh jahat jugaklah tp x blh nak salahkan bangser diorg kan..sorg buat jahat..satu bangsa nak kener hukum A: agak ar tp mlmpau sgt dowh dorg dtg sini pun tnjuk eksen hahahah Z: aku pernah gi jakarta Z: tp alhamdulillah ok jer lah org2 dier
BAHAGIAN INI DITAPIS BAGI KESESUAIAN UMUM
Z: perjuangan kalau atas nama islam baru lah x racist kan? Z: hehe Z: sbb islam kan utk semuer A: agak arrr A: mcm2 dunia ni Z: x kire bangsa.. Z: itulah.. A: org malaysia sgt emosi Z: hmm Z: org msia kener ubah attitude Z: mentaliti yg kener tukar A: btul2 A: eheh A: asyik layan perasaan je Z: itulah A: sikit2 demonstrasi Z: perlu dididik A: sekeh kunk Z: ditarbiyyah utk jadi manusia yg rasional Z: kite tgk metode perjuangan rasulullah semuer nyer bermula dgn mengubah mentaliti manusia i.e through tarbiyyah haaaa mendidik manusia supaya menjadi manusia barulah dpt berfikir dengan akal...bknnya emosi pembangunan modal insan.. A: btul btul btul Z: hmm Z: yg punyai kesedaran harus menyedarkan mereka yang belum sedar Z: perlu turun padang untuk membetulkan keadaan Z: betul tak? A: btula A: and perlu lebih myeluruh A: bukan sekadar di pinggiran A: ahaha Z: a ah..syumul..tp perlu bertahapan A: yup2 A: manusia xley terima skali gus Z: a ah A: mungkin boleh tp x kekal lama Z: betul2 itu fitrah manusia metode rasulullah saw medidik para sahabt dan jugak cara Allah mendidik umat islam pada awal2 permulaan islam bertahapan..bukan sekali gus boleh jer Allah nak turunkan ayat quran sekaligus kan..tp sebaliknya Allah turunkan ikut keadaan dan jugak tahap penerimaan ummat islam dan sikap para sahabat terhadap ilmu rasulullah pun mcm tuh bljr 10 ayat dahulu..dan amalkan..selagi x hadam 10 ayat tuh selagi tuh x beralih kepada sesuatu yg baru A: wah mdalam) A: eheh Z: aper yg mendalam? A: ilmu anda A: ehe Z: x derlah Z: siket jer Z: bender nih ader dalam maalim fit thariq..i.e petunjuk sepanjang jalan karya syed quthb Z: cara bagaimana rasulullah mendidik generasi al quran yg unik A: wahwah A: anda bnyak mmbaca A: bguzzz Z: so kalau kiter nak hidupkan blk generasi quran dalam zaman skrg nih..seharusnya kita mencontohi cara perjuangan rasulullah Z: mmg la dulu takder i.t, takder facebook..tp secara prinsip nya masih sama kan Z: sbb islam kan ke sesuai sepanjang zaman Z: prinsip islam sesuai diamalkan sepanjang zaman..x kire lah ader facebook ke..ader pda ke...prinsip tetap prinsip A: yeah btul tuh Z: heheh..bg lecture plak dah A: haha A: ceramah lar A: eheh A: hehe Z: itulah dunia skrg nih byk campur aduk dah Z: sampai ramai yg tertipu A: ahaha Z: susah dah nak nampak keasliannya Z: islam dan bukan islam tuh bercampur aduk Z: yg asli tuh tetap lah alquran dan sunnah A: btul2 Z: dan barangsiapa yg berpegang teguh dgn kedua2 nih pasti akan slmt dunia akhirat A: akhir zaman mnusia akan berpecah kpd 70+ kumpulan A: hnya satu yg betul yakni yg berpegang kpd al-quran dan sunnah Z: a ah Z: jadi bersamalah kita kembali kepada berpegang al quran dan sunnah ar rasul yg sebenar Z: yg asolah..yg asli Z: semuanya dah ditunjukkan oleh ar rasul saw Z: cuma terpulang kpd kita sama ada nak ikut atau nak buang A: Bro solat dlu kayh Z: siler2 Z: sorry lah byk melalut A: ape lak melalut A: ilmuu tuh A: thanx1 A: thanx2
begitu lar sesi perbualan ana dgn seorg senior berkisar ttg kejadian semasa dimuka bumi kita ini....renung-renungkan lar....