Sunday, November 1, 2009

Bermulanya Pencarian "SIAPA DIRI KITA"



Oleh Al-Ustaz Al-Syeikh Mior Ammar Alif Kamarulazim Al-Peraki



Assalamu'alykum wbt...


Alhamdulillah. ..dengan taufiq dan hidayah kurniaan Illahi dpat kiranya ana menyisip coretan ke dalam Qckite yg amat disayangi ini...seperti biasa...kini tiba giliran ana kembali mengupas sessi QCkite bg 2 episode berturut-turut. ..


Basiccally 2 minggu berturut2 ini...kita telah mengupas tentang siapa diri kita yang sebenar dan siapakah diri kita yang sepatutnya kita jadi...adakah kita mahu diingati kerana paras rupa? atau adakah kita mahu menjadikan amalan itu satu identiti yg kita mahu tonjolkan kepada Allah SWT kelak...


seperti hadith Rasulullah yg lebih kurang bunyinya begini...


"..Allah tidak melihat akan paras rupa seseorang... namun Allah melihat iman dan amal kamu..."


Mari kita lihat sejarah kita melalui surah Al-baqarah ayat ke 131-133 (*azizi bce sket)


*azizi: Ehem...*


"[131]
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".


[132]
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".


[133]
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".


dengan ini bermulanya agama Islam didunia ini...sejarah kita bermula dari penyerahan diri ADAM kepada Allah SWT...disini ana ingain membuat satu soalan trivia! mana satukah anda : islam @ ISLAM ?
ISLAM itu hanya pada nama...dan islam itu melalui perbuatan... adakah kita hanya mahu bergelar seorang muslim yg mempunyai status ISLAM di kad pengenalan sahaja atau kita hendak menjadi muslim yg islamnya itu adalah kerana amalan sehari-hari dan akhlak yg ditonjolkan. ..


berkaitan dgn topik kali ini..kita akan mengupas juga hadith logam...


"..Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Para manusia ini adalah bagaikan benda logam,sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang - orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang - orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka menjadi pandai - dalam hal agama. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan - maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk." (Riwayat Muslim). Imam Bukhari meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. Al-Arwah dan seterusnya itu dari riwayat Aisyah radhiallahu `anha.."


Bermacam-macam jenis logam di dalam dunia ini. Ada yang berharga dan ada pula yang kurang manfaatnya. Logam yang berharga seperti emas dan perak sememangnya akan disukai oleh manusia kerana nilai dan kualiti yang ada pada logam tersebut.


Begitu jugalah manusia. Terdapat golongan manusia yang amat bermanfaat bagi manusia lainnya sedangkan segolongan lagi yang tidak memberikan apa-apa kebaikan malah ada pula yang mendatangkan keburukan. Nilai dan kelebihan yang baik pada diri kita adalah tetap sama sebelum dan setelah kita memahami akan hakikat Islam itu. Yang membezakannya ialah bagaimana kita menggunakan nilai dan kelebihan itu; adakah kearah ketaqwaan ataupun kefujuran.


Lihat sahaja kepada Kisah Umar r.a. sebelum dan seIepas lslamnya Saidina Umar r.a. Sebelum memeluk Islam, Saidina Umar r.a. terkenal dengan kekuatan fizikal yang hebat. Beliau menggunakan kelebihan ini untuk menentang Islam. Tetapi, selepas Islamnya beliau, dengan kekuatan dan keberanian beliau, Islam akhirnya menjadi kuat dan terbela, sehingga Baitul Maqdis kembali ke tangan Islam semasa beliau menjadi Khalifah Islam yang kedua.


Dalam menafsiri pengertian perihal ruh di dalam hadith diatas, ruh itu ada yang saling kenal-mengenal yakni Ta'aruf dan ada yang tidak saling kenal-mengenal yakni Tanakur, maka Imam Ibnu Abdissalam berkata sebagai berikut:


"Hal itu yakni kenal atau tidak kenal, maksudnya adalah mengenai keadaan sifat. Artinya andaikata anda mengetahui seseorang yang berlainan sifatnya dengan anda, misalnya anda seorang yang berbakti kepada Allah dan yang dikenal itu orang yang tidak berbakti atau mengaku ketiadaan Allah, sekalipun kenal orangnya, tetapi tidak saling kenal mengenal jiwa, ruh ataupun faham yang dianutnya.


Sebaliknya jika orang itu sama dengan anda perihal keadaan sifatnya, sama-sama berbaktinya kepada Allah, sama-sama berjuang untuk meluhurkan kalimat Allah, sama-sama membenci kepada kemungkaran dan kemaksiatan, maka selain kenal orangnya, juga sesuai jiwanya, sesuai ruhnya dan sejalan dalam faham yang dianutnya. Oleh sebab itu dalam sebuah Hadis lain disebutkan bahawa seseorang yang merasa jiwanya itu masih lari atau enggan mengikuti ajakan orang yang mulia dan utama amalannya, pula bagus kelakuannya, hendaknya segera mencari sebab sebabnya, sekalipun ia sudah mengaku sebagai manusia muslim.


Selanjutnya setelah penyakitnya ditemukan, hendaknya secepatnya diubati dan dibuang apa yang menyebabkan ia sakit sedemikian. Cara inilah yang sebaik-baiknya untuk menyelamatkan diri dari sifat yang buruk, sehingga ruhnya dan jiwanya dapat saling berkenalan dengan golongan orang-orang yang baik pula ruh dan jiwanya."


Dalam hadith ini juga ade satu perkataan yg amat bermakna bg kita renungkan..iaitu faqihu atau faquhu..


faquhu - faham ad-deen kurang tahu fiqh (cth - summayyah)
faqihu - hebat fiqh tapi belum tentu faham ad-deen (bnyak cnth)


jadi dimanakah level kita? faquhu atau faqihu?? *abg haidir sila jwb*


*haidir* : kalau nak faquhu sile lar dtg QC slalu jgn ponteng!!!
faqihu boleh belajar di kuliah atau pondok2 madrasah


Apakah tanda Allah SWT sayang akan kita...?? (*syuk sile jwb)


*syuk* : Tanda Allah syg kita adalah dengan memberi kita kefahaman
ttg ISLAM!


Apakah itu Ad-Deen...?? (*zuhri sile jwb)


*zuhri* : AKIDAH (tauhid) , IBADAH (fiqh) dan TASAUFF (akhlak)
buktinya adda dalam hadith 2


Umar Ibn Al-Khattab reports: One day when we were with Allah's Messenger (saw), a man with very white clothing and very black hair came up to us. No mark of travel was visible on him, and none of us recognized him. Sitting down beside the Prophet (saw), leaning his knees against his and placing his hands on his thighs, he said: "Tell me, Muhammad, about Islam." He replied: "Islam means that you should testify that there is no god but Allah and that Muhammad (saw) is Allah's Messenger, that you should observe the prayer, pay the Zakat, fast during Ramadan, and make the pilgrimage to the House if you are able to go there." He said: "You have spoken the truth." We were surprised at his questioning him and then declaring that he spoke the truth. He said: "Now tell me about Iman." He replied: "It means that you should believe in Allah (swt), His angels, His books, His messengers, and the Last Day, and that you should believe in the decreeing both of good and evil." Remarking that he had spoken the truth, he then said: "Now tell me about Ihsan." He replied: "It means that you should worship Allah (swt) as though you see Him, for He sees you though you do not see Him." He said: "Now tell me about the Hour." He replied: "The one who is asked about it is no better informed than the one who is asking." He said: "Then tell me about its signs." He replied: "That a maid-servant should beget her mistress, and that you should see barefooted, naked, poor men and shepherds exalting themselves in buildings." [Umar] says: He then went away, and after I had waited for a long time, [the Prophet] said to me: "Do you know who the questioner was, Umar?" I replied: "Allah and His Messenger know best." He said: "He was Gabriel who came to you to teach you your religion." (Narrated by Muslim)


sungguh banyak lagi yang perlu dikupas mengenai siapa diri kita yang sepatutnya.. .oleh itu..bagi yg mencari-cari jangan lupa datang ke QCkite musim yg pertama episode ke 8 minggu depan..hari khamis di tempat biasa..dan insyaAllah kita akan kupas isi ini dengan lebih meluas dan mendalam lagi dengan sambungan di GALway!


ok sampai disini saja perkongsian kali ini..kalau ade salah info ker ape2 ker sile lar bagitahu..ana baru belajar...yg baik itu datangnya dari Allah dan yg kurang itu juga dari Allah tp disandarkan kepada diri ana yg lemah ini...sekian Wassalam...

5 comments:

  1. Amboi...ssedap jer tambah al syeikh lar mcm2...nk kena nihhhhh!! haha

    ReplyDelete
  2. aku pon bukan syeikhNovember 2, 2009 at 12:28 AM

    sabar syeikh..sabar...manusia tak lepas dari buat salah syeikh...maafkan saje die tu...hehe

    ReplyDelete
  3. best la entry nh:_) ana baca pon terpaksa buat itonasi2 juge.semoga berjaya mengutip byk lg mutiara2 hidup khamis nh and di Galway kelak. keep on sharing asy-syeikh!

    ReplyDelete
  4. semoga kita sentiasa dikekalkan dalam kebaikan kurniaan Allah dan sama2 terus berusaha mencari kebenaran serta menegakkan Islam...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum wbt...

    just curios nk tanya pasal konsep faquhu, faqihu tuh...konsep ini adalah dijelaskan dr sunnah dan hadith atau dari ulama' muktabar...kalo ada link ker bagus juga..

    ReplyDelete