Wednesday, March 3, 2010

Peribadi Muslim Sebenar

Persepsi masyarakat tentang peribadi muslim agak sempit. Kebanyakan antara kita melihat peribadi muslim di sudut ubudiyah sahaja.




Apabila dirumuskan daripada al Quran dan as Sunnah, maka sekurang-kurangnya ada sepuluh profile yang harus lekat pada peribadi seorang muslim.






1.Salimul aqidah


■Akidah yang bersih


■Perlu dimiliki oleh semua muslim


■Dengan akidah yang bersih, wujud suatu ikatan yang kukuh dengan Allah, dan beliau tak akan menyimpang dari jalan yang benar


■Seseorang muslim akan dan perlu berserah kepada Allah taala pada semua perkara.


■Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (surah al An’am; ayat 162)


2.Shahihul ibadah


■Ibadah yang benar


■Merupakan salah satu perintah Rasulullah yang penting untuk mengamalkan ibadah yang sahih


■“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”, (Hadith)


■Jadi dalam unsur ibadah, harus merujuk pada sunnah tanpa ada penambahan atau pengurangan, sebab ibadah adalah dituntut dengan caranya tersendiri


3.Matinul Khuluq


■Akhlak yang kukuh


■Samada dalam hubungannya dengan Allah taala ataupun dengan sesama manusia, makhluk-makhluk Nya


■Rasulullah s.a.w juga diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia


■Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (al Qalam; ayat 4)


4.Qawiyyul Jismi


■Kekuatan jasmani


■Muslimin perlu untuk mempunyai daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikal yang kuat.


■Solat, zakat dan haji memerlukan kekuatan jasmani, apatah lagi jihad di jalan Allah


■Pencegahan penyakit jauh lebih baik berbanding dari mengubatinya


■“Mu’min yang kuat lebih aku cintai berbanding mu’min yang lemah” (Hadith riwayat Muslim)


5.Mutsaqqoful Fikri


■Intelek dalam berfikir


■Salah satu sifat nabi ialah cerdik (fatonah)


■Banyak ayat-ayat quran mengajak manusia untuk berfikir dan mengkaji, termasuklah mengkaji tentang ciptaan Allah taala


■Dalam Islam, tiada suatu perbuatan pun yang harus kita lakukan melainkan dimulakan dengan berfikir


■(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (az Zumar; ayat 9)


■Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.” Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” Yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, (al Baqarah; ayat 219)


■Ayat ini memberikan logik kenapa arak diharamkan.


6. Mujahidatun Linafsihi


■Berjuang melawan hawa nafsu


■Manusia memiliki kecenderungan baik dan buruk


■Jadi kita perlukan kesungguhan dalam melaksanakan kecenderungan yang baik dan meninggalkan kecenderungan yang buruk


■“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran Islam)”, (Hadith Riwayat Hakim)


7. Harishun ‘ala waqtihi


■Pandai menguruskan masa


■Ummat Islam amat ditekan supaya menguruskan masa secara efektif agar tiada masa terbuang dengan sia-sia


■Ingatlah lima sebelum lima.


◦i. Hidup sebelum mati


◦ii. Sihat sebelum sakit


◦iii. Lapang sebelum sibuk


◦iv. Muda sebelum tua


◦v. Kaya sebelum miskin


■ Waktu yang telah berlalu tidak akan pulang lagi


8.Munazhzhamun fi Syu’unihi


■Keteraturan dalam sesuatu urusan


■Dalam Islam baik masalah ubudiyah mahupun muamalah, telah ada penyelesaian yang begitu teratur sekali


■Urusan tetap dikerjakan dan diuruskan secara professional.


9.Qodinun ‘alal Kasbi


■Memiliki kemampuan usaha sendiri


■Atau dengan kata mudah, tidak bergantung pada orang lain


■Tidak sedikit mereka yang mengorbankan pendirian dan prinsip yang mereka anuti disebabkan kebergantungan kepada orang lain, terutamanya kebergantungan dari sudut ekonomi


■Kerana itu, muslim tidaklah semestinya miskin, dan boleh sahaja untuk kaya, bahkan harus sahaja kaya agar dapat ia menunaikan haji, umrah, zakat, infaq, sadakah dan sebagainya


■Disini juga memerlukan seseorang muslimin itu memiliki professional dalam satu-satu bidang yang diceburinya.


■Ada skill dan keterampilan.


10.Naafi’un Lighoirihi


■Memberi manfaaat pada orang lain


■Sehinggakan orang merasakan keberadaannya kerana manfaat yang besar darinya.


■“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain”, (Hadith Riwayat Qudhy dari Jabir)

2 comments:

  1. aku masih GHULAM~ (^,^)March 4, 2010 at 10:50 AM

    wow berat juge tuh...heee tapi x mustahil kn..? ghulam bOLEH~!!!

    ReplyDelete