"Demi Masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." [Al-Asr 103:1-3]
Nasihat-menasihati dalam kehidupan seharian amatlah penting kerana setiap orang pasti akan ada satu masa terlupa akan perkara-perkara yang penting dalam hidup.
Namun ada juga nasihat yang disampaikan kepada sahabat-sahabat kita, amat sukar sekali diterima. Kenapa ini boleh berlaku? Kita kena lihat kembali pada cara kita menyampaikan nasihat itu.
Nasihat perlulah merangkumi ciri-ciri tersebut:
1. Safi (Suci)
Nasihat kita haruslah untuk perkara yang baik, dan membawa kebaikan kepada orang yang dinasihati. Nasihat untuk sesuatu yang tidak elok, maka itu bukanlah nasihat namanya.
2. Hikmah (Bijak)
Menyampaikan nasihat melalui cara yang berhikmah akan memberi kesan yang lebih effective. Bagaimana untuk membina skill menyampaikan nasihat secara berhikmah? Ia banyak bergantung kepada pengalaman dan kreativiti.
3. Ikhlas
Sia-sia sahaja jika kita memberi nasihat jika tidak ikhlas. Bagaimana untuk kita mengharap seseorang itu menerima nasihat dengan ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?
4. Islah (Perbaiki)
Nasihat yang sebenar-benarnya akan mampu mengubah dan memperbaiki diri pemberi nasihat dan penerima nasihat. Sekiranya tiada perubahan, maka nasihat itu tidak berjaya.
Antara sebab kenapa nasihat kita tidak diterima, adalah disebabkan timbul perasaan ragu-ragu didalam diri orang yang hendak dinasihati akibat kesilapan diri kita dalam menasihati itu.
1. Layanan - Sekiranya layanan kita terhadap seseorang itu macam "nak tak nak" sahaja, memanglah dia sukar untuk mendengar nasihat kita.
2. Tidak beri tempoh untuk seseorang itu berubah. Tergesa-gesa mahu ia menerima nasihat, seterusnya menyebabkan dia berasa annoyed dan enggan berubah.
3. Tidak kena dengan tempat - Nasihat memerlukan waktu-waktu yang sesuai untuk diberi, jika tidak, sama seperti diatas, orang itu akan terasa annoyed.
Sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan semua orang. Tidak semuanya betul, sekiranya ada yang salah, harap boleh diperbetulkan.
Wallahu'alam