Ibuku tidak pandai
Menghantar mesej ringkas
Setiap yang dikirim
Bisu yang berbalas
Menghantar mesej ringkas
Setiap yang dikirim
Bisu yang berbalas
Ibuku tidak pandai
Meneka mana Eropah
Cuma di benaknya
Mahu ke Mekah
Meneka mana Eropah
Cuma di benaknya
Mahu ke Mekah
Ibuku tidak pandai
Menghadap teknologi
Hari ini ia belajar
Esok diajar lagi
Menghadap teknologi
Hari ini ia belajar
Esok diajar lagi
Ibuku tidak pandai
Memakai baju mahal
Ke mana jua pergi
Kurung tak ditinggal
Memakai baju mahal
Ke mana jua pergi
Kurung tak ditinggal
Ibuku tidak pandai
Mengerah amarah
Tapi tajam jelingnya
Buat kami bersalah
Mengerah amarah
Tapi tajam jelingnya
Buat kami bersalah
Ibuku tidak pandai
Berbicara syahdu
Hanya tutur mata
Meluahkan rindu
Berbicara syahdu
Hanya tutur mata
Meluahkan rindu
rase lega lepas dapat call emak...
ReplyDeletebagus bro
ReplyDeleterase nk ngez tgk vids ni...
ReplyDeleteharap2 kita semua x tergolong dlm
glgan org yg di panggil anak derhaka~
tersentuh hati baca...
ReplyDeletesayangilah mereka ketika masih ada :) ibu bapa anugerah yg x dpt ditukar ganti :) doakan mereka setiap kali habis solat :) mereka yg x mendoakan ibu bapa selepas solat tergolong dlm anak2 derhaka...moga kasih sayang dengan keluarga lebih erat hendaknya :)
ReplyDelete