Saturday, January 9, 2010

Surat Seorang IBU…




Ibuku tidak pandai
Menghantar mesej ringkas
Setiap yang dikirim
Bisu yang berbalas



Ibuku tidak pandai
Meneka mana Eropah
Cuma di benaknya
Mahu ke Mekah



Ibuku tidak pandai
Menghadap teknologi
Hari ini ia belajar
Esok diajar lagi



Ibuku tidak pandai
Memakai baju mahal
Ke mana jua pergi
Kurung tak ditinggal



Ibuku tidak pandai
Mengerah amarah
Tapi tajam jelingnya
Buat kami bersalah



Ibuku tidak pandai
Berbicara syahdu
Hanya tutur mata
Meluahkan rindu


sumber:  http://mohdwaqiyuddin.blogspot.com/2008/05/ibuku-tidak-pandai.html