Pernahkah anda melihat graf action potential ini? Jika anda pelajar KMB, INTEC, KYUEM, pasti anda pernah mempelajarinya bukan? Ia adalah proses yang berlaku dalam di dalam cell specifically neuron cell (untuk diagram di atas). Tidak perlulah saya berbicara lebih panjang bagaimana proses electrical signal ini berlangsung. Tetapi, apa yang saya nak highlightkan di sini syarat untuk action potential itu berlaku, cell tersebut MESTI mencapai tahap excitability yang minimum melalui proses ‘depolarization’ ie threshold level. Otherwise, action potential pasti tidak akan berlaku dan electrical signal akan cease automatically (ALL OR NOTHING CONCEPT). Therefore, no positive feedback and hence no overshoot is occurred (failed initiation.. refer diagram)
Begitu juga dengan sunnatullah dalam ilmu kemanusiaan. Sebarang ideologi regardless of haq atau batil, tidak mungkin akan berjaya jika ideologi tersebut tidak memenuhi syarat minimum dalam kemenangan sebagaimana yang telah di tetapkan dalam sunnatullah. Begitu juga dengan ideologi islam, tertakluk dan tidak dapat lari daripada sunnatullah tersebut. Sekiranya ion sodium sebagai agen yang sangat crucial dalam mencapai tahap threshold action potential, so apakah agen yang sangat crucial dalam mencapai threshold kebangkitan Islam? Pastinya individu-individu muslim yang menjadi penentu kepada level threshold kebangkitan Islam…
Siapakah individu-individu muslim tersebut?
(SILA KLIK DI ATAS)
“Tidak akan kalah tentera seramai 12000 orang disebabkan oleh sedikitnya bilangan mereka”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
Umat ini tidak akan bangkit kembali, kecuali dengan cara kebangkitannya terdahulu.
(Imam Malik RA)
”Kita tidak akan sekali-kali melanggar undang-undang alam kerana undang-undang alam pasti akan menang. Sebaliknya kita akan bersama-sama dengan undang-undang alam ini. Malah kita akan menggunakannya, mengikut arusnya dan mengeksploit keupayaannya. Perubahan ini adalah perubahan beransur-ansur bukannya suatu perubahan drastik dan paksaan bukanlah caranya.”
(Syeikh Mustafa Masyhur)
”Maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ’Sunnatullah’ dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ’Sunnatullah’ itu.”
(Al-Fatir:43)