Wednesday, August 11, 2010

Bed Time Story



Pada suatu ketika dahulu terdapat sekumpulan singa yang luar biasa.
Kesemua singa nih hebat-hebat belaka. 
Tidak pernah haiwan sehebat singa2 ini. 
Seperti dalam mana-mana cerita, singa sudah tentu mempunyai musuh, Musang.
 Semangat singa2 amat luar biasa. 
Ada yang sanggup bermati-matian demi menyebarkan ajaran singa. Ada yang sanggup menginfaqkan kesemua hartanya. 



The bond of brotherhood between singa2 tidak dapat ditandinggi oleh haiwan-haiwan yang lain.  Sehinggakan mereka telah berjaya menawan 2/3 hutan. SubhanaAllah. hebatnya singa2 nih. Sehinggakan semua haiwan lain ingin menjadi seperti singa2 tersebut.

Musang sedar bahawa dia tidak mampu mengalahkan singa. Kerana singa itu terlalu hebat dari segi fizikalnya.

Musang pun fikir........


fikir......


fikir.......


dan UREKA!!!


 Dia jumpa satu cara untuk mengalahkan singa2 yang hebat tersebut.

"Kita akan medidik singa-singa tersebut menjadi Kijang2 yang pengecut" kata Ketua Musang.




Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun..........generasi demi generasi.....

Musang2 sedikit demi sedikit melaksanakan cita2 mereka....


anak2 singa dididik untuk tunduk kepada syahwat dan karam dalam keseronokan dan kemewahan dunia.


Akhirnya..... anak2 singa kini percaya bahawa mereka ialah "Kijang". Kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang2 ini tidak mahu lagi memikulkan tanggunjawap dan ingin melarikan diri seboleh-bolehnya.





Kisah-kisah tentang kehebatan Singa-singa generasi dahulu dihapuskan.............
 bagaikan ia tidak pernah berlaku........


Kini musang2 pun mula melawan dan menghambakan kijang2.

Sebenarnya mereka(kijang-kijang) itu merdeka, lalu diperhambakan, dan mereka bergembira diperhambakan. astrgfirullah2.

Musang telah BERJAYA!!! tahniah musang.



Kijang SEDARLAH anda semua sebenranya SINGA yang Berani.