Sunday, May 30, 2010

Istiqamahkah KITA....???


salam wrh,

semoga post kali ini menemui antum dalam kemanisan Iman dan Islam inshaAllah.. =)


alhamdulillah. .. ada antara kita yang dah habis exam, ada yang tgh dalam perjalanan nak ambil exam. Seluruh proses ini mengikut pengalaman ana akan menyebabkan kita terasa pressure yang amat berat, apatah lagi apabila kita tak sempat nak prepare untuk exam, apatah lagi apabila kita tak reti nak jawab soalan-soalan past years, lagi merisaukan adalah apabila kita rasa yang kita memang akan fail exam yang kita duduki sebentar tadi.

subhanallah. .. beratnya ujian ini....., tapi persoalannya, pada siapa kita sandarkan tangisan, kerisauan, dan harapan kita?

adakah kita ingin bermain semula dengan jahiliah komik dan game kita?
adakah kita ingin berkawan semula dengan movie, sport updates dan mengumpat kita?
atau lebih mengerikan, adakah kita ingin mendapat belaian kasih sayang X-teman wanita/lelaki kita?


astaghfirullah. ... astaghfirullah. ... astaghfirullah. ...


betapa bodoh, dan hinanya kita ini...!!!!?? ?!!!!!

sudah lupakah kita pada sayonara jahiliah kita?
sudah lupakah kita pada mati yang boleh datang pada bila-bila masa?
sudah lupakah kita pada 3 syarat taubat (tinggal sebenar - benar tinggal, eg: dah delete tuh, empty recycle bin, menyesal dan berazam untuk tidak mencari kembali(sebab tuh kalau dah letak dalam peti besi, kena campak dalam sungai thames) kita?
sudah lupakah kita pada rahmat Allah yang masih sanggup memberi belaian hidayahNya kepada kita?


astaghfirullah. ...astaghfirulla h....astaghfirul lah...


sudah lupakah kita yang semua amalan kita (walaupun sesaat) di muka bumi ini akan dipancarkan semula dan ditonton oleh seluruh manusia dari Nabi Adam as sampailah manusia terakhir di akhirat kelak?


"pada hari ditampakkan segala rahsia, maka manusia tidak lagi mempunyai suatu kekuatandan tidak (pula) ada penolong"

"dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahanam, pada hari itu sadarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu. Dia berkata, 'Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk hidupku ini'. Maka pada hari itu, tidak ada seorang pun yang mengazab seperti azabNya (yang adil), dan tidak ada seorang pun yang mengikat seperti ikatanNya"



astaghfirullah. ..astaghfirullah ....astaghfirull ah....


kita kata kita mahu mendapat redho Allah,



kita kata kita takut pada api neraka,
kita kata kita mahu masuk syurga,
sebab itu kita memilih jalan tarbiyyah dan dakwah ini.


tapi, beraninya kita bermain-main dengan Allah swt..!!!
beraninya kita kembali ke  lumpur maksiat hodoh kita...!!!
beraninya kita sesudah kita ditunjukkan jalanNya, kita mahu kembali kepada kesesatan..!!
mahukah kita menjadi seperti orang Yahudi dan Nasrani..?


tepuk dada, tanya iman (bukan nur iman shafiq yer..)


kalau diri kita terasa telah banyak jahiliah yang kita kompromi selama ini, ketatkanlah kembali tajarud Islam kita..!!
kalau kita rasa kita perlukan kasih sayang, Allah telah pun beri nikmat ukhuwah fillah kepada kita

carilah yang halal dan tinggalkanlah yang haram

ingatlah diri, 

Dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. 
Celakalah orang yang menjadikan dunianya tempat tujuannya..!!



p/s: pengalaman lepas mengajar ana yang antara punca faktor kefuturan seorang dai'e adalah kembalinya kepada lumpur jahiliah di kala waktu exam =)
kerana dakwah ini KITA tanggung bersama...
Kuatkan Iman Tingkatkan Amal