Sunday, February 28, 2010

Kisah Rasulullah s.a.w dan Penuntut Hutang




Pada suatu hari seorang Yahudi telah datang menemui Rasulullah S.A.W karena hendak menuntut hutangnya. Tetapi cara orang Yahudi itu datang menuntut hutangnya amatlah kasar sekali.

Orang Yahudi itu menghampiri Rasulullah dan dia menarik baju Rasulullah sambil berkata: "Hai keturunan Abdul Mutalib, apakah engkau dari golongan orang yang suka menangguh-nangguhkan hutang". Sikap kasar serta tutur kata yang tidak sopan dari orang Yahudi itu sangat-sangat menyakitkan hati Sayidina Umar bin Khattab yang berada bersama-sama dengan Rasulullah ketika itu.

Dengan jiwa kerasnya dan perasaaan marahnya begitu meluap Syaidina Umar terus membentak Yahudi itu. Rasulullah terkejut dengan sikap Sayidina Umar itu, kerana tidak dapat menahan perasaannya. Walaupun, dimuka rasulullah muncul kemarahaannya tetapi baginda dapat menahan perasaan itu. Lalu baginda berkata kepada Sayidina Umar: "Wahai Umar, saya dan dia, mempunyai urusan sendiri. Biarlah kami berdua yang menyelesaikannya dan janganlah engkau mencampurinya.

Sebaiknya engkau suruh saya bayar hutang itu dengan baik dan suruh dia menuntut hutang dengan baik juga. Sebenarnya masih ada tiga hari lagi tempoh untuk membayar hutang tersebut. Maka baginda menyuruh Sayidina Umar membayar hutang baginda dengan memberi dua puluh liter gandum kepada Yahudi itu sebagai balasan kerana Sayidina Umar telah berlaku kasar terhadap Yahudi itu.

Ketika Yahudi itu melihat kejadian itu tiba-tiba terkeluarlah kata-kata dari mulut Yahudi itu, katanya: "Wahai Umar, semuanya ini adalah merupakan tanda-tanda kenabian. Saya telah dapat melihat tanda-tanda tersebut terbayang di wajah nabi s.a.w. ketika saya memperhatikan wajahnya. Sebenarnya saya ingin mengetahui apakah benar-benar dia seorang nabi. Sebab itulah saya uji dia untuk mengetahui apakah dia seorang yang tinggi akhlaknya dan pemaaf. Dia lalu bersaksi bahwa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahwasanya Muhammad itu adalah utusan Allah".

Begitulah besarnya pengaruh sifat dan sabar Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan Yahudi yang mengasari baginda terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam".

Friday, February 26, 2010

JOM EXTREME SKETTTTT!!

Bukan Sekadar Bunyi II (5forty2)


skarang orang berebut ramai nak jadi artis
masuk itu masuk ini sampai masuk Akademi
bila tak dapat bukan main dia nangis sakan
orang miskin pun tak camtu walau berhari tak makan

berangan muka terpampang kat banyak majalah
posing sana posing sini pakai seksi belah-belah
bila pergi beli-belah semua orang nanti kenal
masih ada orang puja walau diri separuh bebal

itulah realiti takda lagi perjuangan
bagi orang hari ni muzik sekadar hiburan
cuma batu loncatan nak buat diri terkenal
lebih cepat boleh femes kalau pandai cari pasal

lupa asal lupa diri, lupa semua ajaran
cuba itu cuba ini, fahaman bukan-bukan
semuanya berpandukan nafsu kosong semata
perjuangan yang dibawa tak membawa kemana

walau gaya tak sopan,tetap jadi ikutan
majalah muka depan,bposing gaya cipan
demi kejar name sume bende die taram
ikut suke hati ape pduli halal haram

jangan hanya fikirkan,kehidupan duniawi
mugkin esok lusa atau japgi kite mati
muzik menghiburkan tapi ada landasan
kan lebih elok jika diselit dgn tauladan

bukan hanya khayalan&angan kosong smate
seni yang sia-sia nilai murah tak bergune
baik gabungkan seni hiburan dan pemikiran
muhasabah diri sambil memberi peringatan

tonjolkan kematangan dalam seni persembahan
muzik alunan ciptaan buat semue golongan
bukan sekadar ucapan bukan sekadar bunyi
mampu ubah diri,ideologi dan persepsi

macam mana menyumbang pada moral masyarakat?
kasi diorang semua tau mana betul mana salah
apa guna Tuhan bagi dekat kita semua bakat?
setiap kebolehan guna untuk tunjuk arah

kalau diri tak sempurna layak ke bersuara?
takda oang sempurna, nak tunggu sampai bila
kalau orang tak trima, nak buat macam mana?
buat dengan niat ikhlas tak payah risau apa

bukan ker buat music asalkan boleh jual?
tapi kita mesti ingat pahala lagi mahal
perjuangan memang susah, untuk apa kita buat?
ingat atas sana ada kuasa lagi Esa~

Thursday, February 25, 2010

Hobby Saya ialah menonton Video.

Asalamualaikum. Bismillah.

Antara 10 Muwasafat Tarbiyah ialah Luas Pengetahuan.
Untuk tambah pengetahuan, Antara video2 yang menarik yang saya telah tontonkan ialah.

http://www.youtube.com/watch?v=NpXn1SfGp6M&feature=related

Video nih tentang George Galloway dia nih dulu pernah ada dalam British Parliment, 1987-2003. Sehingga dia dikeluarkan dari Labour Party.

Tapi tak cukup sekadar tengok video sahaja, kita juga perlu rajin membaca.
(Menasihati diri sendiri dahulu)

Sunday, February 21, 2010

Update QCKite di Hira'

Assalamualaikum wbt.

Sekadar peringatan untuk kita bersama. Moga sentiasa berada dalam kemanisan Iman dan Taqwa InsyaAllah.

Muqaddimah:

- Kerja dakwah perlu dilakukan dalam kumpulan. Kalau keseorangan, kita tidak terdaya.
- Perlu jaga hubungan antara Allah dan antara manusia

Pengisian:

- Surah Taha ayat 65 iaitu pertembungan antara ahli sihir vs Nabi Musa
- Menjadi sunnatullah orang yang membawa Islam akan diuji. Oleh itu, kita jangan sesekali berputus asa    dalam menyampaikan Islam walau apa jua sekalipun.
- Contohi ahli sihir di zaman Nabi Musa di mana apabila melihat mukjizat Musa as, mereka sanggup dibunuh oleh firaun kerana mereka amat yakin dengan kebenaran yg dibawa Nabi

Kisah Ghulam:

- Kejadian berlaku antara period Nabi Isa diangkat ke langit to Utusan Muhammad SAW
- Rujuk Surah Al- Buruj
- Kisah ini sama seperti kisah Nabi Musa - mengikut sunnatullah - kena terima kesusahan dalam berdakwah
- Kena bina ukhuwah dan ikatan hati yg baik antara manusia - mudah sampaikan Islam

Kita sebagai STUDENT:

- kaitkan dengan kisah Ghulam.
- kita belajar medic bersungguh2 supaya jd doctor yg baik - mudah untuk orang menerima Islam - sebab mostly manusia lihat pada status sosial dalam masyarakat.

Priority Kite!:

1. Ad-Din ( Agama )
2. Nyawa
3. Akal
4. Keturunan
5. Harta

* Dakwah = Ajak

* Berdakwah kena ada strategi - ikut kreativiti dan minat masing-masing - cuba ubah minat kita ke arah yg boleh menyumbang perkembangan Islam dan Syahadatul Haq

Pembahagian Masyarakat Zaman Kite berbanding Zaman Rasulullah:

MA - masyarakat awam ( muslim + non muslim )

MB - muslim biasa ( muslim pada nama sahaja, tidak mengamalkan Islam )

MC - muslim committed ( muslim yg melakukan perkara2 spt solat,haji - abg2 surau )

MD - muslim da'e ( bekerja untuk dakwah )

ME - muslim extra vaganza ( berkorban segala-galanya untuk Islam ) - MAIN GOAL!!

TARGET dakwah mesti ikut flow and level of the society:

Example: untuk MC - mereka perlu diingatkan tentang tanggungjawab Syahadatul Haq - senang di approach

untuk MB - ingatkan tentang perkara2 tanggungjawab basic Islam seperti tunaikan solat fardhu, puasa Ramadhan - lepas dah faham n buat sume ni, boleh move on tu MC

untuk MA - terangkan tentang kefahaman Islam - apa itu Islam and etc


Pengakhiran QC:

- Syahadah Fi'liyah ( Perbuatan ) :

1. Pisahkan jahiliah / berhala2 dalam hati ini
2. Pastikan Islam tersebar ke seluruh alam
3. Pastikan usaha kita ke arah pembinaan asas Individu Muslim - datang qc yerk! ( rujuk ISK )

sekian.

Assalamualaikum.

Tuesday, February 16, 2010

BeruBahLaH

Salam,
Kalu korang bg ayat Al Quran, skrg ak nak bg hadith pulak. hehe

Narrated 'Umar bin Al-Khattab:
I heard Allah's Apostle saying, "The reward of deeds depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended. So whoever emigrated for worldly benefits or for a woman to marry, his emigration was for what he emigrated for."

So, jom kite betulkan niat kite berhijrah kpd KEBAIKAN kerana manusia itu seringkali berubah hati.. InsyaAllah kita niatkan semua perubahan yg kita buat ikhlas kerana Allah = kerana SYAHADATUL HAQ! moga Allah permudahkan jalan kita menuju Syurga Firdausi!

InsyaALLAH. 

UMMAH SEMAKIN TENAT !!! JOM SYAHADATUL HAQ !!!



JOM BACA... Apalah nasib bayi ini (sila klik)