SALAM
MOGA BERMANFAAT DAN SAMA2 KITE AMALKAN... SIMPLE JEK AMALAN HADIS2 NIH... JGN LUPE SALING INGAT-MENGINGATI KAWAN2 KITE ESPECIALLY YG SEBILIK... NGEH2
HADIS PERTAMA:
"Jika seseorang dari kalian tidur, maka syaitan membuat tiga ikatan pada lehernya yang dilakukan padamu sepanjang malam tidurmu. Maka tidurlah, dan jika kamu terbangun, sebutlah/ingatlah Allah, maka satu ikatan akan terlepas. Kemudian jika kamu berwuduk, maka akan terlepas satu ikatan, dan kemudian jika kamu melaksanakan solat, maka akan terlepas satu ikatan lagi hingga ia memulakan paginya dengan semangat dan jiwa yang bersih. Jika tidak, maka jiwanya akan kotor dan dalam keadaan malas."(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
P/S huhuhu... syaitan waktu kite tido pun nak kacau jugak... mmg tak reti penat betul... apalah yg kite boleh masa tido, takkan nak minum arak sambil tido... mcm tak logik jek... tp still nak kaco jugak... huhuhu... mmg diorang ni bekerja keras utk menyesatkan kite... KITE PULA BAGAIMANA?
P/S huhuhu... syaitan waktu kite tido pun nak kacau jugak... mmg tak reti penat betul... apalah yg kite boleh masa tido, takkan nak minum arak sambil tido... mcm tak logik jek... tp still nak kaco jugak... huhuhu... mmg diorang ni bekerja keras utk menyesatkan kite... KITE PULA BAGAIMANA?
------------ --------- --------- --------- -
HADIS KEDUA:
Dari Ibn 'Abbas RA katanya sabda Rasulullah SAW:"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan kejahatan."
P/S JOM KITE BACA QURAN DAN BERZIKIR UTK MENGINGATI ALLAH
------------ --------- --------- --------- -------
HADIS KETIGA
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:"Mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya." (Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang baik).
P/S JOM KITE SOLAT BERJEMAAH KAT BILIK CASTLEWHITE DRPD SOLAT SENDIRIAN... BAHAYA KALO KITE DI DAMPINGI SYAITAN
------------ --------- --------- ---------
HADIS KEEMPAT
dari Jabir bin Abdullah RA, beliau pernah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda:"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, syaitan akan berkata kepada teman-temannya, 'Tidak ada tempat penginapan dan makan malam untuk kalian.' Jika dia memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata (kepada saudara-saudaranya) , 'Kalian boleh ikut menginap di dalamnya malam ini.' Dan ketika makan, dia tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata, 'Kalian boleh ikut menyantap makan malam.'"
P/S BALIK BILIK TUH, BACALAH BISMILLAH SUPAYA KITE TAK TIDO NGAN SYAITAN KAT BILIK KITE TUH... HEHEHE
------------ --------- --------- --------- --------- --
HADIS KELIMA
Abu Said Al-Khudri RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Apabila salah seorang di antara kamu menguap, hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangan, kerana syaitan akan masuk." (Hadith Riwayat Imam Muslim dan Ad-Damiri)
P/S TUTUP MULUT MASA MENGUAP NANTI SYAITAN MASUK... TP TAK SURE LAH KALO DIA BOLEH MERASUK... HEHEHE