Aku kagum pada mereka yang mampu bertahan, istiqamah dalam iman.
Jiwanya tenang walau dalam sendirian, bahkan bahagia dalam khalwatnya dengan Allah.
Terus-terusan saja ia memperbaiki diri, memantapkan hafazan Quran, meningkatkan bacaan ilmiah, dan tidak segan-segan meluangkan masanya di atas sejadah.
Kakinya kuat berdiri dan berlari memercikkan Islam kepada semua walau di manapun ia berpijak.
Bahunya teguh memikul beban dakwah yang berat.
Tapi malangnya itu bukan aku..
Ya ALLAH berilah kami kekuatan agar KAMI tsabat di jalan ini
Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi
Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya.
Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid.
“Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi.
Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”
Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds.
Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’ Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin secular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun.
Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.
Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka.
Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi.
Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih-sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih-sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan.
Lantaran itu tidak seorang pun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.
Kelembutan as-syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya).
Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 oarng pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan ‘Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel’. Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. " Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000?"
Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mengiktiraf sebuah Negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas Negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”
Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT ‘…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”
As-syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.
sering pelbagai perkara menjadi penghalang untuk kita berubah ke arah kebaikan...
oleh itu kekuatan diperlukan bagi terus ISTIQAMAH dalam perubahan ini...
mari sama-sama bantu membantu mengorak perubahan dalam diri di samping mengajak yang lain bersama-sama kita :) insyaAllah moga dipemudahkan Allah. :)
p/s : YANG PENTING....JANGAN TAKUT KEPADA BOM-BOM TA** ITU YanG SERING MENJADI SENJATA SYAITAN UNTUK MENYESATKAN KITA.
JOM BERUBAH mencari REDHA ALLAH!!! (' ',)
Jom tengok sebagai MOTIVASI :)
-glossari budak CORK
-> bom-bom ta** = termasuk makian, umpatan, hinaan, fitnahan, ejekan, perli-an @ apa-apa sahaja yg bisa membuat kita down, lemah semangat, malu dan futur lalu kembali kepada jahilliyah kita sebelumnya.
jazzakallah atas perkongsian dari brother Arif Sayadek
Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.
Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.
Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.
Beberapa tahun berlalu…
Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya: - Mana ibumu? - Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia. - Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu? - Tidak! - Di mana pula abangmu? - Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka. - (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku? - Tidak! - لا حول ولا قوة إلا بالله - Kakakmu di mana? - Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin. - Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku? - Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…
Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!
Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?
Kita menerima surat dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. Surat yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?
Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.
Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada Surat yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!
Saya tidak mengkhuatirkan diriku digoda oleh syaitan melalui maksiat secara terbuka… akan tetapi saya khuatir syaitan datang kepadaku dengan membawa maksiat yang dibungkus dengan baju ketaatan..
Syaitan menggodamu dengan wanita dengan alasan kasihan kepadanya … dan menggodamu dengan dunia dengan alasan agar tidak menjadi korban huru-haranya…
Dan menggodamu untuk berkawan dengan orang-orang yang buruk dengan alasan demi memberi petunjuk kepada mereka dan menggodamu untuk bersikap munafik kepada orang-orang zhalim dengan alasan ingin mengarahkan mereka
Dan menggodamu untuk memperbesar keburukan lawan-lawanmu dengan alasan demi melakukan amar ma’ruf nahi munkar dan menggodamu untuk memecah belah jama’ah dengan alasan lantang menyuarakan kebenaran
Dan menggodamu agar tidak memperbaiki orang lain dengan alasan sibuk memperbaiki diri sendiri dan menggodamu untuk tidak beramal dengan alasan ini sudah menjadi takdir
Dan menggodamu untuk tidak menuntut ilmu dengan alasan sibuk beribadah dan menggodamu untuk meninggalkan sunnah dengan alasan mengikuti orang-orang shalih
Dan menggodamu agar bertegas dengan alasan demi tanggung jawab di hadapan Allah dan sejarah dan menggodamu untuk berbuat zalim dengan alasan demi memberikan kasih sayang kepada mereka yang di zalimi
Sesungguhnya Engkau tahu Bahwa hati ini tlah berpadu Berhimpun dalam naungan cintaMU Bertemu dalam ketaatan Bersatu dalam perjuangan Menegakkan Syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya Kekalkanlah cintanya Tunjukilah jalan-jalannya Terangilah dengan cahyaMU Yang tiada pernah padam Ya Robbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami Dengan karunia iman Dan indahnya tawakal padaMu Hidupkan dengan Ma’rifatMu Matikan dalam syahid di jalanMu Engkaulah pelindung dan pembela
Persepsi masyarakat tentang peribadi muslim agak sempit. Kebanyakan antara kita melihat peribadi muslim di sudut ubudiyah sahaja.
Apabila dirumuskan daripada al Quran dan as Sunnah, maka sekurang-kurangnya ada sepuluh profile yang harus lekat pada peribadi seorang muslim.
1.Salimul aqidah
■Akidah yang bersih
■Perlu dimiliki oleh semua muslim
■Dengan akidah yang bersih, wujud suatu ikatan yang kukuh dengan Allah, dan beliau tak akan menyimpang dari jalan yang benar
■Seseorang muslim akan dan perlu berserah kepada Allah taala pada semua perkara.
■Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (surah al An’am; ayat 162)
2.Shahihul ibadah
■Ibadah yang benar
■Merupakan salah satu perintah Rasulullah yang penting untuk mengamalkan ibadah yang sahih
■“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”, (Hadith)
■Jadi dalam unsur ibadah, harus merujuk pada sunnah tanpa ada penambahan atau pengurangan, sebab ibadah adalah dituntut dengan caranya tersendiri
3.Matinul Khuluq
■Akhlak yang kukuh
■Samada dalam hubungannya dengan Allah taala ataupun dengan sesama manusia, makhluk-makhluk Nya
■Rasulullah s.a.w juga diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia
■Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (al Qalam; ayat 4)
4.Qawiyyul Jismi
■Kekuatan jasmani
■Muslimin perlu untuk mempunyai daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikal yang kuat.
■Solat, zakat dan haji memerlukan kekuatan jasmani, apatah lagi jihad di jalan Allah
■Pencegahan penyakit jauh lebih baik berbanding dari mengubatinya
■“Mu’min yang kuat lebih aku cintai berbanding mu’min yang lemah” (Hadith riwayat Muslim)
5.Mutsaqqoful Fikri
■Intelek dalam berfikir
■Salah satu sifat nabi ialah cerdik (fatonah)
■Banyak ayat-ayat quran mengajak manusia untuk berfikir dan mengkaji, termasuklah mengkaji tentang ciptaan Allah taala
■Dalam Islam, tiada suatu perbuatan pun yang harus kita lakukan melainkan dimulakan dengan berfikir
■(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (az Zumar; ayat 9)
■Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.” Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” Yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, (al Baqarah; ayat 219)
■Ayat ini memberikan logik kenapa arak diharamkan.
6. Mujahidatun Linafsihi
■Berjuang melawan hawa nafsu
■Manusia memiliki kecenderungan baik dan buruk
■Jadi kita perlukan kesungguhan dalam melaksanakan kecenderungan yang baik dan meninggalkan kecenderungan yang buruk
■“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran Islam)”, (Hadith Riwayat Hakim)
7. Harishun ‘ala waqtihi
■Pandai menguruskan masa
■Ummat Islam amat ditekan supaya menguruskan masa secara efektif agar tiada masa terbuang dengan sia-sia
■Ingatlah lima sebelum lima.
◦i. Hidup sebelum mati
◦ii. Sihat sebelum sakit
◦iii. Lapang sebelum sibuk
◦iv. Muda sebelum tua
◦v. Kaya sebelum miskin
■ Waktu yang telah berlalu tidak akan pulang lagi
8.Munazhzhamun fi Syu’unihi
■Keteraturan dalam sesuatu urusan
■Dalam Islam baik masalah ubudiyah mahupun muamalah, telah ada penyelesaian yang begitu teratur sekali
■Urusan tetap dikerjakan dan diuruskan secara professional.
9.Qodinun ‘alal Kasbi
■Memiliki kemampuan usaha sendiri
■Atau dengan kata mudah, tidak bergantung pada orang lain
■Tidak sedikit mereka yang mengorbankan pendirian dan prinsip yang mereka anuti disebabkan kebergantungan kepada orang lain, terutamanya kebergantungan dari sudut ekonomi
■Kerana itu, muslim tidaklah semestinya miskin, dan boleh sahaja untuk kaya, bahkan harus sahaja kaya agar dapat ia menunaikan haji, umrah, zakat, infaq, sadakah dan sebagainya
■Disini juga memerlukan seseorang muslimin itu memiliki professional dalam satu-satu bidang yang diceburinya.
■Ada skill dan keterampilan.
10.Naafi’un Lighoirihi
■Memberi manfaaat pada orang lain
■Sehinggakan orang merasakan keberadaannya kerana manfaat yang besar darinya.
■“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain”, (Hadith Riwayat Qudhy dari Jabir)
"Demi Masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." [Al-Asr 103:1-3]
Nasihat-menasihati dalam kehidupan seharian amatlah penting kerana setiap orang pasti akan ada satu masa terlupa akan perkara-perkara yang penting dalam hidup.
Namun ada juga nasihat yang disampaikan kepada sahabat-sahabat kita, amat sukar sekali diterima. Kenapa ini boleh berlaku? Kita kena lihat kembali pada cara kita menyampaikan nasihat itu.
Nasihat perlulah merangkumi ciri-ciri tersebut:
1. Safi (Suci)
Nasihat kita haruslah untuk perkara yang baik, dan membawa kebaikan kepada orang yang dinasihati. Nasihat untuk sesuatu yang tidak elok, maka itu bukanlah nasihat namanya.
2. Hikmah (Bijak)
Menyampaikan nasihat melalui cara yang berhikmah akan memberi kesan yang lebih effective. Bagaimana untuk membina skill menyampaikan nasihat secara berhikmah? Ia banyak bergantung kepada pengalaman dan kreativiti.
3. Ikhlas
Sia-sia sahaja jika kita memberi nasihat jika tidak ikhlas. Bagaimana untuk kita mengharap seseorang itu menerima nasihat dengan ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?
4. Islah (Perbaiki)
Nasihat yang sebenar-benarnya akan mampu mengubah dan memperbaiki diri pemberi nasihat dan penerima nasihat. Sekiranya tiada perubahan, maka nasihat itu tidak berjaya.
Antara sebab kenapa nasihat kita tidak diterima, adalah disebabkan timbul perasaan ragu-ragu didalam diri orang yang hendak dinasihati akibat kesilapan diri kita dalam menasihati itu.
1. Layanan - Sekiranya layanan kita terhadap seseorang itu macam "nak tak nak" sahaja, memanglah dia sukar untuk mendengar nasihat kita.
2. Tidak beri tempoh untuk seseorang itu berubah. Tergesa-gesa mahu ia menerima nasihat, seterusnya menyebabkan dia berasa annoyed dan enggan berubah.
3. Tidak kena dengan tempat - Nasihat memerlukan waktu-waktu yang sesuai untuk diberi, jika tidak, sama seperti diatas, orang itu akan terasa annoyed.
Sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan semua orang. Tidak semuanya betul, sekiranya ada yang salah, harap boleh diperbetulkan.
Pada suatu hari seorang Yahudi telah datang menemui Rasulullah S.A.W karena hendak menuntut hutangnya. Tetapi cara orang Yahudi itu datang menuntut hutangnya amatlah kasar sekali.
Orang Yahudi itu menghampiri Rasulullah dan dia menarik baju Rasulullah sambil berkata: "Hai keturunan Abdul Mutalib, apakah engkau dari golongan orang yang suka menangguh-nangguhkan hutang". Sikap kasar serta tutur kata yang tidak sopan dari orang Yahudi itu sangat-sangat menyakitkan hati Sayidina Umar bin Khattab yang berada bersama-sama dengan Rasulullah ketika itu.
Dengan jiwa kerasnya dan perasaaan marahnya begitu meluap Syaidina Umar terus membentak Yahudi itu. Rasulullah terkejut dengan sikap Sayidina Umar itu, kerana tidak dapat menahan perasaannya. Walaupun, dimuka rasulullah muncul kemarahaannya tetapi baginda dapat menahan perasaan itu. Lalu baginda berkata kepada Sayidina Umar: "Wahai Umar, saya dan dia, mempunyai urusan sendiri. Biarlah kami berdua yang menyelesaikannya dan janganlah engkau mencampurinya.
Sebaiknya engkau suruh saya bayar hutang itu dengan baik dan suruh dia menuntut hutang dengan baik juga. Sebenarnya masih ada tiga hari lagi tempoh untuk membayar hutang tersebut. Maka baginda menyuruh Sayidina Umar membayar hutang baginda dengan memberi dua puluh liter gandum kepada Yahudi itu sebagai balasan kerana Sayidina Umar telah berlaku kasar terhadap Yahudi itu.
Ketika Yahudi itu melihat kejadian itu tiba-tiba terkeluarlah kata-kata dari mulut Yahudi itu, katanya: "Wahai Umar, semuanya ini adalah merupakan tanda-tanda kenabian. Saya telah dapat melihat tanda-tanda tersebut terbayang di wajah nabi s.a.w. ketika saya memperhatikan wajahnya. Sebenarnya saya ingin mengetahui apakah benar-benar dia seorang nabi. Sebab itulah saya uji dia untuk mengetahui apakah dia seorang yang tinggi akhlaknya dan pemaaf. Dia lalu bersaksi bahwa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahwasanya Muhammad itu adalah utusan Allah".
Begitulah besarnya pengaruh sifat dan sabar Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan Yahudi yang mengasari baginda terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam".