Saturday, October 3, 2009

Ranjau sepanjang jalan (courtesy to "hamba Allah")

Allhamdulillah..dlm ana sibuk mengulangkaji pelajaran ade satu e-mel masuk kedalam peti mel ana dan berkongsi dgn ana satu kisah yg amat bermakna ini utk kita jadikan renungan kita semua..





Kusut




A: Aku tak sangka dia sanggup buat macam ni
B: Kau apsal?
A: Perempuan memang semuanya macam tu ke? Memang suka mainkan orang ke?
B: Wei nih apesal tetibe..?
A: Aku dengan dia dah break
B: ...
A: Selama ni aku dah cuba nasihat dia. Dia pergi clubbing.. dia minum arak.. aku benci semua tu. Kenapa dia tak nak berubah??
B: ... (terkedu)




Nasib takkan diubah melainkan atas usaha sendiri
Allah tidak akan berbuat apa-apa,
kepada insan yang berhajat mengubah hidupnya,
hanya bila insan itu berusaha,
maka Allah akan menurunkan pertolongan-Nya




B: Nak ubah orang ni bukan senang. Hati orang bukan atas kuasa kita untuk ditentukan.
B: Lagipun kau dah cuba semampu yang kau boleh. Tanggungjawab kau untuk nasihat dia, kau dah buat. Nak terima atau tak, nak berubah ke apa, itu atas tuan punya badan sendiri..




Malah dalam Quran sendiri pun ada sebut,


"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.." (Ar-Ra'ad:11)


Tambah juga dengan hadith Nabi (s.a.w) tentang hati;


"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu ialah hati..." -Sahih Bukhari & Muslim.




Ujian


A: Kau rasa apa ujian kau yang paling besar setakat ni?
B: Hmm entah lah. Kenapa?
A: Aku rasa apa yang jadi sekarang ni berat sangat. Sampai sekarang aku tak percaya dia boleh buat macam tu. Sanggup dia..
B: Tu lah..Kenapa dari awal kau pergi involve diri kau dengan benda2 camni. Tengok, kan dah sakit. Sebab tu aku tak suka.
A: ...


(mungkin masa ni A fikir B terlalu direct. Kadang2 B memang selalu tak sempat nak tapis kata2 dia sebelum bercakap)


Tapi kadang2 kita memang tak sedar, yang kita sebenarnya tak sedar diuntung. Cuba renung dan reflect balik hidup kita selama ni. Alhamdulillah, negara tempat kita tinggal ni masih dilindungi dari peperangan dan kehuru-haraan. Cuba bayangkan pula saudara2 seislam kita di negara lain. Palestin, Afghanistan, dan Pattani paling dekatnya. Umat Islam kat sana saban hari hanya perlu bersedia saja bila nyawa mereka akan dirampas. Muslim di Pattani, pagi keluar rumah, dan bila malam dan sampai hari seterusnya tak balik2, bersedialah dengan kemungkinan yang beliau itu mungkin sudah syahid dipenggal kepalanya! Sekarang boleh bandingkan ujian mereka dengan ujian sedikit yang kita rasa? Kenapa dengan ujian sedikit yang Allah turunkan pada kita, rahmat dan kasih sayang Allah yang kita dah pernah dapat selama ni boleh dilupakan? Rahmat Allah itu masih tak cukupkah? Masih rasa sepi dan kosong? Atau sebenarnya kita yang tak pernah rasa bersyukur?


فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ


"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku" (AlBaqarah:152)






Ada kalanya kita terlalu memikirkan betapa beratnya ujian yang Allah bagi, sampaikan segala rezeki dan pemberian Allah sebelum itu dilupakan. Sedangkan setiap muslim itu akan diuji pada titik kelemahannya. Perkara2 yang dia mampu untuk hadapi, Allah takkan uji sebab dia boleh buat. Sebab itu kalau seorang muslim itu kuat pada harta dan pangkatnya, contohnya dia banyak harta dan pangkat besar dan dia benar2 gunakan itu semua untuk fii sabilillah, dia boleh berjaya. Tapi Allah akan uji dia pada sesuatu yang dia lemah seperti keluarga bermasalah, sahabat2, dan sebagainya sebab Allah tahu kelemahan kita. Allah akan uji dari sudut ini, sehinggalah dia menjadi kuat untuk mengatasi kelemahan ini. Dan yakinlah, Allah takkan membebani hambaNya melainkan sesuatu yang sanggup dia bebani..




Tanggungjawab




B: Kau janganlah sedih sangat. Aku tau cakap memang senang, sebab aku sendiri pun tak pernah rasa. Tapi ingatlah, tanggungjawab kita masih sangat BANYAK dekat dunia ni..Sebagai anak kepada kedua ibu bapa, sebagai pelajar kepada guru-guru, sebagai pemegang amanah kepada rakyat (biasiswa), sebagai kawan, dan paling penting tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba kepada Allah ta'ala..






Imam Syahid Hassan Al-Banna ada berpesan,


"Tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada.."






Batas2 persahabatan


B: Aku pun tak tau apsal ko cerita kat aku. Serius, aku bukannya reti bagi nasihat..
A: Takpelah.. aku cuma perlukan orang untuk dengar masalah aku.
B: Kau tak pernah share problem dengan family? Dengan mak ke.. abang ke..
A: ...
A: I don't think they'd understand




Memang diakui, kadang2 kita akan rasa lebih selesa untuk ceritakan masalah kita kepada orang lain daripada keluarga sendiri. Sometimes strangers can be the best option untuk luahkan perasaan. Sebab strangers don't know you, so they can't judge you - which makes storytelling a bit more easier. Dan most of the time jugak, yang dicari tu mesti berlainan jantina. Sebab? Err.. sunnatullah lelaki akan attract to wanita and vice versa kot.


Tapi cuba bayangkan kejap, situasi ni. Kau tengah luahkan isi hati berperisa masalah macam2 dekat sorang perempuan ni, mungkin dia member kau, dan perempuan tu pun bagi attention dia sepenuhnya la pada kau. Dah nak bagi attention, mesti la duduk tu kena rapat sikit. Dan segalanya mungkin nampak macam biasa saje. Tapi bayangkan, macam mana agaknya kalau masa tu, Rasulullah datang? Dia nampak korang duduk rapat, tengah berbincang dengan seriusnya masalah apa2 tu, dan kau rasa Rasulullah akan suka dengan situasi tu? Orang kalau pak imam tetibe sergah pompuan-laki yang rapat pun boleh nak tercabut jantung, inikan pula Rasulullah? Bukan setakat tu saja, Yang Maha Melihat, ada kita ingat? Ada kita fikir yang Allah akan suka ke tak apa yang kita tengah buat tu?


Cuma nak sampaikan kat sini, dalam setiap perbuatan kita tu kita kena selalu alert. Allah sentiasa nampak apa yang kita buat. Sebolehnya jauhkanlah diri kita dari kemurkaan Allah, dan berusahalah untuk mencari Redha Allah dalam apa saja perkara yang kita lakukan.


Sentiasa jaga batas pergaulan antara boys dan girls. Selagi apa2 urusan tu tak terlalu penting, cuba elakkan dari merapatkan diri dari yang bukan mahram. Rasulullah SAW juga ada bersabda (Dari Jabir bin Samurah): Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)




Zikrullah


B: Dahlah.. kau jangan fikir sangat. Just ingat yang setiap benda yang Allah jadikan tu, ada hikmah dia. Kau jangan asyik duk nampak the bad side of it. Mungkin benda ni jadi sebab nak suruh kau lebih careful dalam berkawan dengan girls next time


Orang putih kata, 'every cloud has its silver lining'


Muhasabah diri. Mungkin hubungan dengan Allah juga tak berapa baik sebelum ni. Ma'thurat dan zikrullah adalah ubat yang paling mujarab untuk kita go on with life yang sangat banyak cabaran ni.


Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..insyaALLAH..

POST khas buat SENIORS yg bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi





Bab : 33. IMARAH IAITU KEPIMPINAN.
Perkara : 21. KELEBIHAN BERJIHAD DAN KELUAR BERJUANG DI JALAN ALLAH.
Bilangan : 1/1 
Hadis : 1093 –


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalanNya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan memperolehi pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan olehNya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum muslimin, tentunya aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.


ps- kite menuntut ilmu ini pun kire mcm berjihad jugak lar..so lakukan dgn niat yg betul=) dan jgn pernah putus haarapan dalam berusaha=) semoga semuanya sukses dgn jayanya!!! insyaALLAH

Friday, October 2, 2009

Mari kita renungkan...



(gambar sekadar hiasan)

Death toll in Indonesia earthquake rises to 777
By IRWAN FIRDAUS,
Associated Press Writer - Friday, October 2Send IM Story Print



PADANG, Indonesia – Rescue workers pulled victims, some screaming in pain, from the heavy rubble of buildings felled by a powerful earthquake that killed more than 700 people. The death toll was still expected to rise................

Begitulah berita yg dilaporkan ttg kejadian yg mengemparkan warga pnduduk di asia tenggara baru-baru ini..namun natijahnya adakan kejadian gempa bumi ini merupakan kejadian fenomena alam semata-mata..atau adakah ia amaran dari MAHA PENCIPTA..menemplak sekian manusia atas perbuatan kita yg mungkin telah terpesong dari jalan akidah yang sebenarnya..atau adakah ianya disebabkan kita yg malas berusaha menyebarkan dakwah, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran? jika hari ini Ah-chong, Samy, Gurmit, Sirip dan lain2 yang mengikuti anutan selain Islam mati..maka siapakah yg bertanggungjawab atas kematian mereka sebagai seorang kafir? KITA! namum adekah kita sedar semua ini..pesanan ini untuk diri ini juga yg merupakan insan yg hina disisi-NYA..bertapa genitnya iman kita jika dibandingkan dengan para sahabat apetah lagi jika dibandingkan dengan KERINDUAN KITA, KECINTAAN KITA, JUNJUNGAN BESAR KITA, Nabi Muhammad S.A.W...marilah kita bersama2 berganding bahu..saling ingat mengingati...antara satu sama lain...sesama muslim dan juga menarik minat non-muslim memeluk ISLAM..insyaALLAH...nothing is impossible!! =)

KITA ~ Kuatkan Iman Tingkatkan Amal

Thursday, October 1, 2009

MALAM pengantin (courtesy to abg sudin)


Malam Pengantin

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara



Hari itu...mempelai sangat dimanjakan


Mandi pun...harus dimandikan


Seluruh badan kita terbuka....


Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .


Tak ada sedikitpun rasa malu...


Seluruh badan digosok dan dibersihkan


Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan Bahkan lubang - lubang


itupun ditutupi kapas putih...


Itulah tubuh kita....


Itulah jasad kita waktu itu






Setelah dimandikan.. .,


Kitapun kan dipakaikan baju cantik berwarna putih


Kain itu ...jarang orang memakainya..


Wewangian ditaburkan ke baju kita...


Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah kita


Keranda pelaminan...


langsung disiapkan Pengantin bersanding sendirian...






Mempelai di arak keliling kampung bertandukan tetangga Menuju istana


keabadian sebagai simbol asal usul kita


Diiringi langkah seluruh keluarga Serta rasa haru para handai taulan


Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah suci


Akad nikahnya bacaan talkin...


Berwalikan liang lahat..


Saksi - saksinya nisan-nisan. .yang telah tiba duluan


Siraman air mawar..pengantar akhir kerinduan






dan akhirnya.... .


Tiba masa pengantin..


Menunggu dan ditinggal sendirian...


Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan


Malam pertama bersama KEKASIH..


Ditemani anai-anai dan cacing tanah


Di kamar bertilamkan tanah..


Dan ketika 7 langkah tlah pergi....


Kitapun kan ditanyai oleh sang Malaikat...


Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...


Ataukah kita kan memperoleh Siksa Kubur.....


Kita tak tahu...dan tak seorangpun yang tahu....


Tapi anehnya kita tak pernah galau ketakutan... .


Padahal nikmat atau siksa yang kan kita terima


Kita sungkan sekali meneteskan air mata...


Seolah barang berharga yang sangat mahal...






Dan Dia Kekasih itu..


Menetapkanmu ke syurga..


Atau melemparkan dirimu ke neraka..


Tentunya kita berharap menjadi ahli syurga...


Tapi....tapi ....sudah pantaskah sikap kita selama ini...


Untuk disebut sebagai ahli syurga ?????????






Sahabat...mohon maaf...jika malam itu aku tak menemanimu


Bukan aku tak setia...


Bukan aku berkhianat.. ..


Tapi itulah komitmen azali tentang hidup dan kehidupan


Tapi percayalah.. .aku pasti kan mendo'akanmu. ..


Karena ...aku sungguh menyayangimu. ..


Rasa sayangku padamu lebih dari apa yang kau duga Aku berdo'a...


Semoga kau menjadi ahli syurga....insyaAllah










P/s: jgn lupe bace surah al-nas dan al-falaq sebelum tidur dan bile bgn tidur...moge terhindar dari segale bahaye...juge surah al-mulk...semoge menjadi teman kite di alam barzakh nanti...Lastly hayati lagu ni..moge membantu kita memuhasabah diri...LINK

UKHWAH fillah...sape ade cdgn mantap nk kukuhkan mcm mane??


Kau, Kawan, Sahabat & Teman

Album : Tika Itu
Munsyid : Unic




Ketika mula bertemu


Terasa bagai telah lama bersua


Kau sambut hulur tanganku


Bertegur sapa penuh mesra






Masa terus berlalu


Dan kita tetap seiringan berjalan


Menempuh onak liku


Lalui semua suka dan duka bersama






Biarlah apapun rahsia


Dan kelemahanmu tetap engkau temanku






Riangnya saat kita ketawa


Asyik senda dan bercerita


Walau sesekali pandangan kita berbeza


Andainya tetap serupa






Adakalanya kita juga saling terluka


Namun di akhirnya kita tetap bersama






Dan kini dipisahkan dua benua


Saling mengejar cita


Tak pernah kulupakan


Detik yang indah bersamamu temanku







Ku pasti suatu masa


Engkau dan aku kan bertemu semula


Kembali menjalinkan detik nan indah


Untuk kenangan bersama

Wednesday, September 30, 2009

Hadith Syaitan yg BEST utk diamalkan (courtesy to abg haidir)


SALAM

MOGA BERMANFAAT DAN SAMA2 KITE AMALKAN... SIMPLE JEK AMALAN HADIS2 NIH... JGN LUPE SALING INGAT-MENGINGATI KAWAN2 KITE ESPECIALLY YG SEBILIK... NGEH2


HADIS PERTAMA:

"Jika seseorang dari kalian tidur, maka syaitan membuat tiga ikatan pada lehernya yang dilakukan padamu sepanjang malam tidurmu. Maka tidurlah, dan jika kamu terbangun, sebutlah/ingatlah Allah, maka satu ikatan akan terlepas. Kemudian jika kamu berwuduk, maka akan terlepas satu ikatan, dan kemudian jika kamu melaksanakan solat, maka akan terlepas satu ikatan lagi hingga ia memulakan paginya dengan semangat dan jiwa yang bersih. Jika tidak, maka jiwanya akan kotor dan dalam keadaan malas."(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

P/S huhuhu... syaitan waktu kite tido pun nak kacau jugak... mmg tak reti penat betul... apalah yg kite boleh masa tido, takkan nak minum arak sambil tido... mcm tak logik jek... tp still nak kaco jugak... huhuhu... mmg diorang ni bekerja keras utk menyesatkan kite...
KITE PULA BAGAIMANA?


------------ --------- --------- --------- -


HADIS KEDUA:

Dari Ibn 'Abbas RA katanya sabda Rasulullah SAW:"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan kejahatan."


P/S JOM KITE BACA QURAN DAN BERZIKIR UTK MENGINGATI ALLAH


------------ --------- --------- --------- -------


HADIS KETIGA


Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:"Mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya." (Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang baik).


P/S JOM KITE SOLAT BERJEMAAH KAT BILIK CASTLEWHITE DRPD SOLAT SENDIRIAN... BAHAYA KALO KITE DI DAMPINGI SYAITAN

------------ --------- --------- ---------


HADIS KEEMPAT


dari Jabir bin Abdullah RA, beliau pernah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda:"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, syaitan akan berkata kepada teman-temannya, 'Tidak ada tempat penginapan dan makan malam untuk kalian.' Jika dia memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata (kepada saudara-saudaranya) , 'Kalian boleh ikut menginap di dalamnya malam ini.' Dan ketika makan, dia tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata, 'Kalian boleh ikut menyantap makan malam.'"


P/S BALIK BILIK TUH, BACALAH BISMILLAH SUPAYA KITE TAK TIDO NGAN SYAITAN KAT BILIK KITE TUH... HEHEHE


------------ --------- --------- --------- --------- --


HADIS KELIMA


Abu Said Al-Khudri RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Apabila salah seorang di antara kamu menguap, hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangan, kerana syaitan akan masuk." (Hadith Riwayat Imam Muslim dan Ad-Damiri)


P/S TUTUP MULUT MASA MENGUAP NANTI SYAITAN MASUK... TP TAK SURE LAH KALO DIA BOLEH MERASUK... HEHEHE

Tuesday, September 29, 2009

Welcoming all muslims to join this comunity


Assalamualaikum..


Alhamdulillah...with the strenght given by GOD i manage to open this blog account as to benefit all of us..inshyaAllah...for those who have interesting topic or article or anything regarding our deen...wassalam..